Laman Utama

Myra Khan & Suami Mengaku Bersalah Dera Alia, Didenda RM20,000 Seorang

Gempak
27/07/2022
09:46 MYT
Sponsor Banner
Myra Khan & Suami Mengaku Bersalah Dera Alia, Didenda RM20,000 Seorang
Pasangan suami isteri yang tular dalam video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun didera menggunakan penyangkut baju dan penyapu, masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Selangor pada Rabu.
Pengasas kosmetik, Amira Hamzah, 28, manakala suaminya, pemandu lori, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.
Mahkamah turut memerintahkan wanita tempatan dan suaminya yang juga warga Singapura itu dipenjara 12 bulan, jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan, telah menganiaya sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Eco Majestic, Hulu Langat pada April dan jam 1.25 tengah hari, 18 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara bagi tempoh maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, seorang pengadu yang juga pekerja kepada Amira melihat majikannya itu memukul kanak-kanak berkenaan dengan menggunakan penyangkut baju dan batang kayu penyapu.
Pengadu memaklumkan kejadian itu kepada ibu mentua Amira, namun tidak diendahkan malah dia dimarahi oleh wanita itu.
SINAR HARIAN
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar