Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nabil Ahmad Buat Laporan Polis, Wajah Diguna Scammer Untuk Pelaburan Palsu!

Amri Hassan 20/11/2023 | 06:48 MYT
Pengacara All Stars Gegar Vaganza, Nabil Ahmad telah membuat laporan polis berhubung penggunaan gambarnya untuk tujuan memperdaya dan menipu orang ramai untuk membuat pelaburan(scammer).

BERITA TRENDING: Wang Simpanan RM45,000 Lesap Sebab ‘Phone Scam’, Azim Yusof ; “Saya Seperti Dipukau Apabila…”

Jelas Nabil, tindakan menggunakan gambarnya tanpa kebenaran itu menjejaskan nama dan reputasinya.
"Penggunaan imej dan wajah saya untuk sebuah artikel yang mengajak orang untuk buat pelaburan.
"Nak beritahu ini adalah satu scam sedang berlaku sekarang ni dan saya sudah membuat laporan polis kerana menjejaskan nama dan kerjaya saya," katanya dalam sepotong video yang dimuatnaik di Instagram.

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Dalam pada itu, Nabil bakal membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membersihkan namanya.
"Laporan sudah dibuat untuk membersihkan nama saya dan lepas ni saya akan ke SKMM untuk tindakan selanjutnya. Harap maklum semua, ini adalah scam!" tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: “Adakah Saya Kena Scam?” – Tak Beli Online Tapi Mila Jirin Terima Bungkusan

#Nabil Ahmad #SKMM #Hos #Polis #GV #Pelaburan #Scammer
;