gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selepas 15 Tahun, Deep Purple Pilih KL Untuk Konsert Deep Purple Live in Malaysia
HIBURAN
Astro Kembali Program The Chosen One XTRA & Drama Jutawan Ekspres
FILEM
7 Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Islamik Thailand, Isan Nikah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Wang Simpanan RM45,000 Lesap Sebab ‘Phone Scam’, Azim Yusof ; “Saya Seperti Dipukau Apabila…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
24/10/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
Wang Simpanan RM45,000 Lesap Sebab ‘Phone Scam’, Azim Yusof ; “Saya Seperti Dipukau Apabila…”
Bagi mengelakkan berlaku penipuan atas talian seperti yang dialami, pelakon Azim Yusof menyarankan orang ramai menggunakan aplikasi mengenal pasti identiti pemanggil seperti Whoscall dan Truecaller.
Menurut Azim, dia tidak mahu orang lain menjadi mangsa seperti mana dia kehilangan sebanyak RM45,000 wang simpanan selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon atau 'phone scam’.
“Kalau ada panggilan pelik-pelik itu matikan saja, jangan angkat kerana mungkin boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini seperti apa yang saya alami.
“Memang malang tidak berbau dan saya tidak mampu melakukan apa-apa selepas wang itu lesap begitu saja.Banyak perancangan yang ingin dilakukan dengan wang simpanan itu namun semuanya ditangguhkan dulu.
“Mungkin sebelum ini saya memandang remeh aplikasi seperti Truecaller dan Whoscall, namun selepas apa yang saya alami, baru saya sedar kepentingan aplikasi seperti itu,” kata Azim.
Azim berkongsi perkara itu ketika ditemui media pada acara Gear Up For Asics Meta: Time: Trial With Hariz Hamdan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azim turut berkongsi detik dia diperdaya ketika menerima satu panggilan telefon yang menyebabkan dia kehilangan wang simpananya itu.
"Ketika menerima panggilan telefon pada malam itu, saya seperti dipukau apabila mengikut segala arahan individu terbabit sehingga membuat transaksi ke mesin pengeluaran automatik (ATM).
"Saya hanya tersedar selepas saya pulang ke rumah dan mendapati duit simpanan saya 'lenyap' semuanya. Ketika kejadian itu saya membuat dua transaksi iaitu melalui ATM dan online,” katanya.
Terdahulu, wang simpanan pelakon itu sebanyak RM45,000 'hangus' selepas dia seolah-olah sedang dipukau apabila mengikut segala arahan individu tidak dikenali itu sehingga membuat dua transaksi.
Topic Berkaitan
#Scam
#Scammer
#Wang Simpanan
#Azim Yusuf
#Phone scam
#Sindiket penipuan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement