Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Nabila Razali, Suami Selamat Timang Anak Lelaki

Umirah Halim 24/12/2024 | 10:41 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada 23 Disember pukul 10.01 malam.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh wakil pengurusan Nabila Razali Entertainment, yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.
Berkongsi berita gembira, Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 32 meluahkan rasa syukur dan menganggap kelahiran bayi lelaki seberat 3.1 kilogram itu merupakan perkara yang paling bermakna dalam hidupnya.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan, dan akhirnya, Allah kurniakan amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dengan nada penuh rasa syukur dan terharu,” ujarnnya.

BERITA TRENDING: Nabila Razali Gemuruh Sambut Bayi Sulung, Tetap Bekerja Meski Menghitung Hari – “Saya Cuba Berehat Tapi…”

BERITA TRENDING: Letup Belon Majlis Gender Reveal, Nabila Razali & Suami Bakal Timang Anak Lelaki!

BERITA TRENDING: Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”
Sementara itu, peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan ucapan tahniah dan doa buat keluarga kecil Nabila.
Terdahulu, Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.
#Anak #Nabila #Lelaki #Razali #Selamat #Timang
;