Skip to main content

Budaya Popular

Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”

astro_gempak_nabila-razali-tetap-perform-walau-sarat-mengandung.png

Membawakan lagu Tangis, Nabila ternyata memberikan aura tersendiri biarpun sedang sarat mengandung cahaya mata pertama. 

Menjengah ke ruangan balas di media sosial, rata-rata warga maya memberi pujian kepada Nabila dengan menyifatkan kualiti nyanyiannya semakin baik.

Malah ramai yang mengagumi usaha Nabila sendiri yang membuktikan kemampuan dirinya untuk menyanyi dengan baik. 

“Sedap dah Nabila kena nyanyi sekarang,” puji netizen. 

“Sedap suara dia sekarang nie...makin better la...good luck..semoga pergi ke final,” komen netizen lagi.

“One thing about @nabila.razali ... sentiasa stay positive dia ni... keep improvise nyanyian dia. Lagu dia sebenarnya semua sedap,” puji netizen.

“Hebat la time pregnant boleh menyanyi.. aku nak bercakap pun mengah wei,” tulis seorang netizen. 

“Ok la tu.. ok daripada kakak sorang lagi tu,” sinis seorang netizen. 

“Ni lagi better dari sorang tu,” komen netizen lain. 

Must-Watch Video

Advertisement