Hiburan

Nafi Tak Pernah Bayar Mara Sejak 2017, Che Ta Bakal Keluar Kenyataan - “Suatu Hari Nanti Saya Akan…”

Asyraf Roslan
24/12/2024
12:25 MYT
Sponsor Banner
Nafi Tak Pernah Bayar Mara Sejak 2017, Che Ta Bakal Keluar Kenyataan - “Suatu Hari Nanti Saya Akan…”
Pelakon, Rozita Che Wan menafikan sebuah kenyataan media yang mendakwanya tidak pernah membayar pembiayaan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sejak 2017.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta menyatakan bakal mengeluarkan kenyataan mengenai isu yang sedang melanda dirinya.
“Suatu hari nanti saya akan buat kenyataan yang sebenar-benarnya!,” katanya ringkas.
Menerusi perkongsian sama pelakon yang popular dengan drama Kiah Pekasam itu juga meminta orang ramai untuk mendapatkan sumber berita yang sahih.
“Sila betulkan kenyataan anda atau tolong dapatkan berita yang sahih!
Sebelum ini, Mara bersama peguam dan wakil mahkamah menyerbu kediaman Rozita di Kota Damansara berikutan pelakon tersebut didakwa gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Selain membuat penilaian harga, pelbagai barangan peribadi bernilai hampir RM100,000 milik pelakon itu turut disita sementara menunggu proses lelongan yang dijangka dibuat tidak lama lagi.
Bagaimanapun, pada Selasa, acara lelongan barangan miliknya telah ditunda ke satu tarikh baharu yang bakal dimaklumkan kelak.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024