Berita

Nahas Pelajar UiTM Dungun: Suami Pemandu Wanita Lega Permohonan Maaf Di Terima Baik

Awani
13/10/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Nahas Pelajar UiTM Dungun: Suami Pemandu Wanita Lega Permohonan Maaf Di Terima Baik
Sedikit kelegaan dirasai suami kepada wanita yang dipercayai merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun Rabu lepas hingga menyebabkan tiga daripadanya maut, apabila dikhabarkan kesediaan keluarga mangsa menyambut permohonan maaf daripadanya.
Kesal dengan kejadian yang berlaku, Azhar Ahmad, 53, berkata dia berterima kasih kepada waris mangsa yang mampu menghulurkan kemaafan meskipun memahami insiden itu bukan hal yang mudah untuk ditempuhi mereka.
Kontraktor pendawaian itu berkata dia juga berpeluang bersemuka dengan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian pada 7.35 malam di Jalan Pantai berhampiran kampus itu, Muhammad Ammar Danish Muhammad Ridhuan, 20.

"Semalam selepas mengetahui Muhammad Ammar Danish akan keluar dari Hospital Dungun pada hari ini, saya bergegas ke hospital untuk bertemu dengannya dan kedua ibu bapanya kerana khuatir tidak sempat berjumpa mereka.

"Alhamdulillah, mereka menyambut baik kehadiran saya dan bersedia memaafkan apa yang telah berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Majistret pada Ahad.
UITM-SUAMI (MAAF) 2 (AKHIR) DUNGUN
Bapa kepada tiga anak itu juga berkata dia turut berterima kasih kepada pihak UiTM yang menyuarakan komitmen untuk menjadi pemudah cara pertemuannya dengan keluarga tiga pelajar yang terkorban iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, Khairil Anwar Jamaludin, 20, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25.
Sebelum ini media melaporkan kesediaan waris kepada Ku Azmi Aizad dan Khairil Anwar menyambut permohonan maaf yang dihulur Azhar berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, Jamaludin Hussin, 53, ayah kepada Khairil Anwar berkata dirinya akan tetap mengambil tindakan undang-undang sebagai usaha menegakkan keadilan buat Allahyarham anaknya itu.
Terdahulu, reman terhadap pemandu wanita tersebut yang dipercayai mempunyai penyakit mental disambung dua hari bermula esok.

BERITA TRENDING: "Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose

BERITA TRENDING: Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

BERITA TRENDING: Asmara Loka Tampilkan Insomniacks, Drama Band, Aizat Amdan & 6ixth Sense!

BERITA TRENDING: Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

Perintah reman hingga Selasa itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman selepas membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar