Laman Utama

Nak Berniaga…Tapi Risau Sebab Hanya Pengusaha Kecil?...‘Jom RASA’ & Baby Bazaar by Pa&Ma Ada Untuk Anda!

Fiza Kamarudin
03/09/2020
03:53 MYT
Sponsor Banner
Nak Berniaga…Tapi Risau Sebab Hanya Pengusaha Kecil?...‘Jom RASA’ & Baby Bazaar by Pa&Ma Ada Untuk Anda!
Setelah melahirkan pelbagai program yang mewarnai industri penyiaran, Nu Ideaktiv bakal memperluaskan sayap dengan melancarkan 2 portal direktori, promosi dan reviu produk-produk usahawan tempatan.
Sejajar dengan matlamat Hari Malaysia yang ingin memperkasa taraf sosioekonomi negara, Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma menjanjikan tawaran terbaik terutamanya kepada para pengusaha kecil dan sederhana tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka.
Diperkasakan oleh jenama Rasa dan Pa&Ma, dua portal ini dilancarkan dengan tujuan ingin memberi solusi kepada pengguna dan mempermudahkan transaksi jual beli diatas talian dengan mengumpulkan para peniaga dari seluruh Malaysia dibawah satu platform. Sebagai promosi pembukaan, portal Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma ini menawarkan slot percuma untuk para peniaga yang mendaftar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, kedua-dua portal ini dilancarkan bagi memenuhi kehendak dan segmen pasaran yang berbeza.
Jom RASA menghimpun 1001 seleksi makanan citarasa lokal dari seluruh Malaysia. Matlamat utama portal Jom RASA ialah sebagai platform promosi dan ulasan segala produk makanan keluaran para peniaga tempatan.
Pelbagai kategori turut disajikan buat para pengguna di Jom RASA dan lebih menarik lagi, portal ini memaparkan segala produk jualan berkaitan makanan dari seluruh Malaysia.
Baby Bazaar by Pa&Ma pula merupakan sebuah portal direktori, promosi, dan reviu produk bayi, ibu hamil, serta ibu berpantang.
Kewujudan portal ini bertujuan untuk membantu mereka membeli segala kelengkapan ibu dan anak dari rumah sahaja. “Kami nampak kekurangan adanya direktori yang memudahkan pengguna mencari apa yang mereka inginkan. Inspirasi di sebalik penubuhan kedua portal ini dilahirkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kita dapat lihat lebih ramai orang membeli belah secara atas talian.
“Kedua portal ini bukan sahaja untuk mempermudahkan pengguna tetapi juga membantu para peniaga kecil di waktu sebegini. Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma tidak mengambil sebarang komisyen atas keuntungan yang dibuat hasil transaksi yang berlaku,” ulas En. Syamil Fahim, Ketua Pengawai Eksekutif Ideaktiv.
Mengulas lanjut, beliau turut berkata, pihaknya komited dalam melahirkan portal-portal lain yang berkaitan dengan jenama-jenama lain di bawah Ideaktiv dan akan menumpukan kepada pembangunan portal berkaitan perkahwinan dan dekorasi kediaman dalam masa terdekat ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024