Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Nak Bina Rumah Untuk Isteri, Man Belon Sebak Kongsi Permulaan Sertai ‘Raja Lawak’ - “Sebab Kami Menumpang Dari Kahwin…”

Asyikin Mayudin 04/01/2025 | 00:55 MYT
Pelawak Man Belon berkongsi kisah dia mula menyertai program Raja Lawak musim ketiga ketika menjadi tetamu di podcast yang dikenali Radin dan Pak Azad baru-baru ini.

Bina rumah

Menerusi perkongsian itu, Man Belon berkata tujuan dia menyertai program lawak itu kerana ingin membina sebuah rumah yang selesa untuk isteri tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Thalita Sebak Dapat Peluang Nyanyi Bersama 3 Pagi Era Di Bukit Bintang - “Rupanya Dia Terlalu Nak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai - “Itu Bermakna Bila Dia Dekat Luar Pun Ingat Kita”

“Umur saya masa itu 35 tahun… peserta paling tua dan paling kena perli sebab tak lawa, lain orang cakap, lain yang faham. Tapi saya jenis tak ambil port yang penting saya cari makan untuk keluarga

“Niat yang buat rumah sebiji, sebab orang rumah (isteri) tanya ‘abang nak masuk Raja Lawak ini nak buat apa?’. ‘Abang nak buat sebiji mahligai untuk kita berdua’.

“Sebab kami menumpang, daripada kahwin, sewa rumah… buat rumah buluh. Lepas itu ada duit sikit, kita beli rumah yang kira ada orang nak jual rumah papan.

“Saya cakap dekat orang rumah, yang saya nak buktikan kita ada sebuah rumah yang cantik untuk kita duduk bersama,” kongsinya dalam keadaan sebak.

Takut dengan penonton

Pada perkongsian itu juga, Man turut mendedahkan pelawak Shuib banyak memberi semangat kepadanya ketika berada dalam program tersebut.

“Ikutkan saya tak ada pengalaman lawak, daripada niaga belon, menoreh, lepas itu masuk Raja Lawak. Masa persembahan pertama pun saya tak kelakar.

“Saya takut dengan penonton, nak tengok penonton rasa takut. Saya tak tengok penonton, tengok bawah saja. Jadi, Shuib la yang beri semangat ‘Man tengok penonton Man’,” ujarnya.

undefined
#Shuib #Raja Lawak #Man Belon #Man Belon Raja Lawak
;