Hiburan
“Nak Block Just Block, Tapi Tak Payah Sampai Keluarkan Kata-Kata Yang Tidak Baik” - Mira Filzah
Pelakon, Mira Filzah tampil bersuara susulan isu gerakan Blockout 2024 yang dilakukan warganet kepada selebriti dan pempengaruh tempatan yang dipercayai telah mempromosi produk Israel.
Jaga penulisan
Menerusi perkongsian di akaun X, Mira meminta agar orang ramai tidak mengeluarkan kata-kata yang melampau kepada pihak yang terlibat.
Malah, Mira turut menasihati orang ramai agar menjaga penulisan ketika menggunakan media sosial.
“Saya bercakap ini untuk semua. Just do whatever you wanna do, nak block just block, tapi tak payah sampai keluarkan kata kata yang tidak baik.
“Its #blockout bukan #makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” tulisnya.
Sebelum ini, nama pelakon berusia 31 tahun itu turut disenaraikan dalam nama selebriti dan pempengaruh yang perlu diboikot gara-gara didakwa ada kaitan bersama jenama yang menyokong Israel.
Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia kerana difahamkan mereka kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.