Hiburan

Nak Jerit Ke Nak Gelak Suka Hatilah... Macam Ni Rupanya Tonton Wayang Drive In!

Hanafis Haris
30/07/2020
05:28 MYT
Sponsor Banner
Nak Jerit Ke Nak Gelak Suka Hatilah... Macam Ni Rupanya Tonton Wayang Drive In!

Terasa seperti di Hollywood!

Barangkali itu yang terbayang dalam fikiran orang ramai sebaik mengetahui Malaysia akan mempunyai wayang pandu masuk atau ‘Drive In Cinema’.

Mungkin sudah terbayang konsep ‘old school’ di Hollywood yang mana konsep ini telah mula di diwujudkan pada tahun 1915 lagi.

Namun di Malaysia, buat julung kalinya ia bakal dibuka kepada orang ramai di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dikenali sebagai Nescafe M-Junction, ia merupakan wayang pandu masuk pertama yang dianjurkan oleh Twospicy Entertainment Live dan MD Events Asia.

Sesuai dengan situasi normal baharu akibat pandemik COVID-19, pastinya konsep ‘drive-in cinema’ ini menjadi tumpuan ramai.

Gempak berkesempatan merasai pengalaman menonton filem di tapak perkarangan Matic semalam dan ini antara yang anda perlu tahu.

#1 Tayangan Mengikut SOP

Selepas beberapa bulan sudah menjalani pelbagai perintah kawalan, pastinya orang ramai sudah terbiasa dengan prosedur operasi standard (SOP).

Tayangan ‘drive-in cinema’ ini juga tidak terkecuali.

Prosesnya mudah, selepas pembelian anda akan menerima kod QR.

Kod tersebut akan diimbas ketika anda beratur di dalam kereta dan pada masa sama suhu anda diperiksa.

Anda juga akan diberi ‘hand sanitizer’ ketika menunggu giliran.

Nasihat penulis, datanglah lebih awal kerana ia memerlukan beberapa proses sebelum menonton.

#2 Proses Parkir Kereta Mudah!

Apabila membabit kereta, satu perkara yang terfikir adalah kesukaran untuk parkir.

Namun, jangkaan penulis meleset kerana laluan pintu masuk hingga ke kawasan tayangan disusun dengan mudah.

Ramai yang akan membantu anda nanti.

Jarak antara kereta juga besar, malah lebih kurang empat hingga lima kereta sahaja untuk satu barisan.

#3 Speaker & Kipas

Jika sebelum ini ada yang menggunakan frekuensi radio untuk pembesar suara, namun pihak pengurusan menggunakan speaker berwayar.

Anda akan diberi speaker mini setiap seorang dan wayar tersebut disambung hingga ke luar.

Jangan risau, anda boleh tutup pintu anda biarpun wayar bersambung.

Selain itu, untuk menjimatkan minyak dan menjaga alam sekitar, kipas mini elektronik juga diberikan.

Jika anda tidak tahan panas, ambillah tayangan malam. Mereka mempunyai dua tayangan iaitu 5.30 petang dan 8.30 malam.

#4 Harga Tiket Termasuk Makanan

Harga tiket tayangan ini adalah RM99 untuk satu kereta (maksimum dua orang).

Anda akan diberi makanan serta minuman ketika tayangan.

Makanan yang disediakan...not bad!

#5 Movie Apa Yang Ada?

Difahamkan tayangan pertama pada ‘media preview’ ini adalah Legacy Of Lies lakonan hebat Scott Adkins.

Namun, penulis yang dipilih untuk tayangan malam telah disediakan filem tempatan.

Menurut pihak pengurusan, ia sebagai tanda sokongan untuk filem tempatan.

Oleh demikian, penulis ‘dihidangkan’ dengan filem Jangan Pandang Belakang.

Sesekali terfikir juga jika filem yang lebih hebat ditayangkan pasti menarik.

Namun, kami difahamkan mereka turut meneliti judul mana yang berbaloi ‘disajikan’ kepada penonton,

Apapun menonton wayang dalam kereta merupakan pengalaman baru dan menyeronokkan. Bukan selalu dapat macam ni!

Mungkin ada yang akan merungut panas jika menutup enjin kereta, namun ia terpulang pada cuaca dan individu itu sendiri.

Jadi jika anda mahukan pengalaman yang sedikit berbeza daripada kebiasaan, boleh cuba.

Berlangsung selama tiga bulan, penjualan tiket sudah mula dibuka berharga RM99 (termasuk makanan) untuk setiap kereta dengan maksimum dua penonton.

Pakej VIP pula berharga RM159 di mana makanan turut disediakan termasuk popcorn dan tempat parkir di hadapan.

Waktu operasi tayangannya adalah pada jam 6 petang untuk sesi pertama, manakala sesi kedua pada jam 9 malam.

Maklumat lanjut pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web www.mjunction.my.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar