Berita
"Nak Tag Menteri Belia Sekarang Taktau, So Tag Bekas Menteri Je Lah" - Pengguna Twitter Minta Bantuan
Tidak kiralah mereka adalah parti pemerintah mahupun parti pembangkang, tetapi jika dipilih oleh rakyat maka sesiapa sahaja boleh meminta bantuan jika diperlukan.
Itulah yang terjadi apabila seorang pengguna Twitter meminta bantuan bekas Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq.
"Pihak IPTA minta student kosongkan kolej segera hingga 31 Mac tapi ramai student Sabah/Sarawak tak boleh balik sebab tiket flight mahal.
"Golongan ini perlukan bantuan segera sebab mereka tiada tempat tinggal. Nak tag Menteri Belia sekarang taktau so tag bekas menteri jela Syed Saddiq," tulis pengguna Twitter Shelby.
Twitter tersebut mendapat perhatian Syed Saddiq dan beliau turut berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.Pihak IPTA minta student kosongkan kolej segera hingga 31 mac tp ramai student sabah/sarawak tak boleh balik sbb tiket flight mahal.Golongan ini perlu dibantu segera sebab mereka tiada tempat tinggal.Nak tag menteri belia sekarang taktau so tag bekas menteri jela @SyedSaddiq— Shelby (@ZulMZS) March 17, 2020
"Bagi mahasiswa yang mengutarkan masalah kerana dipaksa balik dan tiada tempat tinggal, jangan risau.
"Saya sudah hubungi UM, UTM, UIA, UPM. Semua tidak mewajibkan pelajar balik dan ada alternatif yang disediakan.
Tambah Syed Saddiq lagi untuk mahasiswa UiTM yang terkesan, mereka diminta menghubungi pihak universiti.
"Sudah disediakan penempatan di Koleh Mawar bagi mereka dari Sabah & Sarawak yang tidak dapat balik. Terima kasih UiTM," tulis Syed Saddiq lagi.
Bantuan yang dihulurkan oleh Syed Saddiq itu mendapat rata-ratanya mendapat pujian daripada netizen.
Must-Watch Video