Viral
Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy
Isu berkenaan rekaan busana yang bakal digayakan atlet Malaysia di Sukan Olimpik 2024 masih hangat diperkatakan.
Selain rekaan corak yang menerima pertikaian, pakaian rasmi yang disarungkan pada patung ketika hari pelancaran juga menerima kritikan daripada wargamaya.
Ramai dalam kalangan netizen mencadangkan atlet-atlet yang dirasakan sesuai untuk bergelar ‘model’ bagi memperagakan koleksi berkenaan.
Nama pemain badminton Soh Wooi Yik antara yang dipetik oleh warganet sebagai calon yang sesuai untuk memperagakan pakaian rasmi tersebut.
Selain Wooi Yik, nama atlet gimnastik negara, Sharul Aimy turut diusulkan oleh pengguna media sosial.
Model
Sharul ketika dihubungi berkata, dia percaya yang pihak pengurusannya sentiasa terbuka untuk berkolaborasi sekiranya diberi peluang.
“Saya tak tahu nak komen apa. Malah saya juga percaya pihak pengurusan saya bersikap terbuka untuk berkolaborasi sekiranya diberi peluang.
“Sejujurnya, kami ahli sukan seronok sekiranya penampilan kami visually cantik. Kadang-kadang rasa best dan semangat bila ada ahli sukan negara lain ajak exchange baju.
ARTIKEL BERKAITAN: #GTheUntoldStory: Semangat Merdeka Jagoan Sukan Jojo Ghazali, Lego Sam, Iman Hakim & Sharul Aimy!
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Jadi Cameo Dalam Drama, Sharul Aimy Tak Tolak Terjun Ke Bidang Seni, Tapi…
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Sombong & Tak Layan Peminat Secara Sama Rata, Ini Respons Sharul Aimy
ARTIKEL BERKAITAN: Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
ARTIKEL BERKAITAN: “Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?
“Tetapi, saya tidak mempunyai sebarang komen lanjut mengenai hal ini. Apa pun saya ingin mengucapkan all the best kepada rakan rakan atlet yang lain yang akan bertanding kelak,” katanya kepada Gempak.
Media tempatan melaporkan, Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tema utama pakaian rasmi dihasilkan termasuk penggunaan warna emas berbanding jingga sebelum ini, bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan berprestij dunia tersebut.