Viral
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Instagram, jenama itu memberitahu tidak menyokong mana-mana pihak dan tidak akan mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku.
Sejuta maaf
“Assalamualaikum semua Kitsui Lovers, terima kasih dan sejuta maaf dari pihak Kitsui! Sekali lagi, nama Kitsui terlibat dengan isu hangat yang sedang diperbincangkan di media sosial.
“Pihak kami tidak menyokong mana-mana pihak dan tidak akan mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku.
“Terima kasih kepada semua yang terus menyokong kami! Semoga segala perkara dapat diselesaikan dengan baik.
“Kita sama-sama berdoa yang baik, pasti akan mendapat yang baik juga. Terima kasih,” tulis kenyataan tersebut.
Terdahulu, beberapa tangkap layar yang didakwa perbualan milik Ruhainies dan Aliff Aziz tersebar menerusi perkongsian individu bernama Sarah Yasmine.