Hiburan
Nama Dipetik Pergi Pusat Hiburan, Izara Aisyah Tampil Bersuara
Pelakon Izara Aisyah tampil bersuara setelah difitnah oleh seorang individu dengan dakwaan pernah mengunjungi kelab hiburan pada tahun lepas.
Menerusi beberapa keping gambar tangkap layar yang dimuat naik di platform X, dipaparkan tindakan individu tersebut yang bertindak mengulang ciapan (repost quote) sebuah hantaran pengguna lain yang sedang memuji keperibadian Izara.
Individu berani fitnah Izara pergi pusat hiburan
Menurut individu tersebut, dia seperti menidakkan pujian yang telah diberikan dengan mengatakan Izara pernah pergi ke kelab hiburan.
"Tapi, Izara.. Kyo," tulis individu tersebut.
Dalam pada itu, selepas disoal oleh seorang netizen di ruangan komen individu tersebut turut mendakwa pelakon tersebut telah pergi ke kelab hiburan pada tahun lepas.
"Pergi Kyo tu zaman dia dah berhijrah ke?," soal seorang netizen.
"Cerita tahun lepas lah tapi," jawab individu tersebut.
Izara perjelas foto menimbulkan fitnah
Susulan itu, Izara telah tampil menjawab dakwaan yang telah dilemparkan individu tersebut.
Menurut Izara, 29, fitnah yang telah diberikan perlu diperjelaskan supaya dapat menjaga nama baiknya dalam industri.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun, hantaran individu tersebut telah dipadam, Izara bagaimanapun sempat membuat tangkap layar dakwaan fitnah tersebut dan telah tampil menjelaskan mengenai foto yang menyebabkan individu tersebut membuat fitnah.
Jelas Izara, foto tersebut adalah ketika dia sedang hamil lapan bulan dan menghadiri pelancaran sebuah restoran Jepun iaitu Kikyo.
"Gambar ini adalah pada tahun lepas ketika pelancaran restoran Kikyo, saya sedang hamil lapan bulan.
"Dakwaan ini adalah fitnah dan saya sudah screenshot, tak perlu padam,” ujarnya.
Pemfitnah mohon maaf secara terbuka
Individu tersebut telah tampil membuat permohonan atas keterlanjuran kata-kata terhadap Izara secara terbuka pada ruangan komen hantaran itu.
"Hi Izara, saya ingin memohon maaf secara terbuka mengenai tweet sebelum ini yang dibuat pada 19 Mac 2024.
"Saya tidak pernah berniat untuk memfitnah atau merosakkan reputasi anda dalam apa cara sekali pun.
"Kenyataan itu dibuat tanpa saya sedar sepenuhnya tentang majlis pelancaran tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf," katanya.
Bagaimanapun, setakat ini tiada respons yang diberikan oleh aktres tersebut mengenai permohonan maaf terbuka yang telah dibuat oleh individu itu.
Berita Trending:Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini…
Berita Trending: Isu Stoking Kalimah Allah, Juruteknik Dijel 6 Bulan & Denda RM12,000