Viral
Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Terkesan dengan isu tersebut, Nani berkata sejak dua tahun lalu pihak PDRM menerima lebih dari 93,000 laporan terhadap IP address yang mempunyai video kandungan lucah kanak-kanak.
“Saya paling marah sekarang ini adalah bila saya baca komen ada ibu dan ayah yang ‘back up’ kata selamat… maaf saya emosi sebab melibatkan kanak-kanak.
“Biar saya jelaskan disini, dua tahun lepas PDRM pernah keluarkan laporan lebih dari 93,000 alamat IP di internet yang mengandungi kandungan lucah kanak-kanak di Malaysia. Tetapi disebabkan kekangan bajet dan tidak mempunyai pekerja PDRM yang ramai untuk keluar dan menangkap.
“Cuba puan bayangkan lebih 93,000 IP address, apakah kandungan-kandungan ini? Dari mana mereka mendapat kandungan-kandungan seperti ini? Cuba fikir sikit”, jelasnya menerusi video yang dikongsikan di TikTok.
Tambahnya lagi, perkara ini terjadi disebabkan terdapat segelintir manusia yang berminat untuk menonton video lucah kanak-kanak.
“Jika ada permintaan, maka adalah pembekal. Macam mana boleh ada pembekal yang boleh berikan 93,000 IP address jika tidak ada permintaan yang tinggi. Maksudnya apa puan?
“Berapa ramai rakyat malaysia yang mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak. Walaupun ia hanyalah konten yang biasa bagi kita hanya sekadar video biasa, sekali lagi saya ingatkan lebih 93,000 IP address, apa yang mereka lakukan terhadap video tersebut?” katanya.
Malah, pempengaruh itu turut menyatakan bahawa kes kehilangan kanak-kanak ini berpunca dari permintaan manusia yang tidak bertanggungjawab.
“Lihatlah kes budak-budak hilang sekarang. Semua ini bermula dari permintaan yang kecil-kecilan daripada manusia keji sehingga kini ianya menjadi lebih masalah besar.
“Adakah puan rasa bangga? Adakah puan rasa video yang mengandungi muka kanak-kanak sebegini adalah selamat? Cuba bayangkan gambar anak puan itu sudah menjadi sebahagian dari video lucah mereka? Fikirlah, sebab itu kanak-kanak bawah 13 tahun tidak patut mempunyai media sosial”, katanya.
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata bersetuju dengan pandangan Nani tentang ibu bapa yang menyokong tentang video berkenaan. Antara komen yang ditinggalkan:
“Sumpah yang backup abang bas itu tidak ada mempunyai akal fikiran”
“Betul.. Saya setuju dengan awak. Peliklah ramai yang sokong dengan abang bas itu. Mereka ini tidak sensitif tentang hal itu ke?”
“Itulah saya sendiri tidak faham kenapa ada orang yang sokong dengan abang bas itu”, komen netizen.
BERITA TRENDING: Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”
BERITA TRENDING: Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising
BERITA TRENDING: Lelaki Selamba Kencing Depan Kedai Mixue
BERITA TRENDING: Netizen Bengang Pemandu Bas Anggap Murid Sekolah Sebagai ‘Crush’, Menteri Minta Ambil Tindakan
Terdahulu, video pemandu bas mempunyai minat terhadap budak sekolah rendah itu telah tular di media sosial dan pihak berkuasa berjaya mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.