Viral

"Nasi Kandar Wajar Diiktiraf Sajian Warisan Malaysia!" - Penganjur Nasi Kandaq Fest 2.0 Ulas Isu Nasi Kandar 'Berpasir'

Amri Hassan
22/09/2024
05:30 MYT
Sponsor Banner
"Nasi Kandar Wajar Diiktiraf Sajian Warisan Malaysia!" - Penganjur Nasi Kandaq Fest 2.0 Ulas Isu Nasi Kandar 'Berpasir'
Menu nasi kandar seharusnya digazetkan sebagai makanan warisan negara, sama seperti nasi dagang, teh tarik, serta roti canai.
Penganjur bersama Nasi Kandaq Fest 2.0, Adly Rizal berkata, tindakan ini perlu dilakukan segera sebelum pihak lain menuntut menjadikan juadah itu sebagai masakan warisan negara mereka.
“Macam mana pun, nasi kandar memang datang dari Malaysia, dan di Hameediyah lah dia punya original.
“Tapi saya amat berbangga kerana makanan nasi kandar ini so good, orang lain boleh claim, orang lain boleh kata best.
“Bukan kita kata nasi kandar sahaja, banyak makanan kita orang lain claim.
"Sebab apa kami buat festival dengan Sunway Putra Mall, kami nak tunjuk kepada rakyat Malaysia, nasi kandar patut jadi warisan dan kita buktikan ke dunia, ini milik kita,” katanya.
Adly berkata demikian ketika ditemui media selepas pelancaran Nasi Kandaq Fest 2.0 di Sunway Putra Mall, pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef Indonesia Dilabel Tidak Hormat Makanan Tradisional

Dalam perkembangan sama, Adly mempersoalkan kenyataan bahawa nasi kandar Malaysia ‘berpasir’ oleh seorang cef dari Indonesia.

Hormat juadah

Jelas Adly, sebagai negara yang hidup berjiran, setiap daripada kita perlu hormat menghormati terhadap juadah atau menu asal dari negara masing-masing.

“Sebab kita berjiran, kita hormat menghormati, betul ke kita pernah makan nasi kandaq ada pasir? Atau ini hanya satu media play? Kita pun tak tahu.

"Itulah boleh saya kata secara hormat, tak nak berkelahi,” kata Adly merujuk kepada kenyataan pemenang Masterchef Indonesia musim kelima, Fani baru-baru ini.
Dakwaan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen apabila dia memperkenalkan juadah Malaysia di restoran miliknya yang difahamkan baru dibuka di Indonesia.
Kenyataan itu menjadi bualan hangat kalangan netizen susulan perbandingan rasa nasi kandar di Malaysia dengan nasi kandar yang dijual di restoran miliknya.

BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

BERITA TRENDING: Nasi Kandar Chain Ordered to Pay RM200K Over Illegal Unauthorised Use of Astro Content

BERITA TRENDING: Pecah Rekod Harga Nasi Kandar Termahal, Netizen Kritik Lelaki Makan Tak Ingat Dunia - “Jaga Kesihatan, Badan Nak Pakai Lama”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar