Laman Utama

Nazir Razak Minat Main FIFA Di PlayStation? - “Saya Aktif Bermain Ketika…”

Izwan Isa
13/05/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
Nazir Razak Minat Main FIFA Di PlayStation? - “Saya Aktif Bermain Ketika…”
Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Namun, tidak semestinya hobi yang dipilih berkait dengan gaya hidup seharian.
Kadang-kala, hobi yang dipilih itu jauh dan bertentangan sekali dengan bidang pekerjaan mahupun latar belakang karier.
Siapa sangka, Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia (BPMB), Tan Sri Nazir Razak yang dikenali sebagai seorang banker prolifik arif tentang permainan e-sukan bola sepak.
Menerusi temu bual santai bersama Gempak, Nazir menjelaskan yang minatnya terhadap permainan video FIFA tercetus sekitar tiga hingga empat tahun lepas.
Begitupun, kekerapannya bermain permainan video berlaku ketika rakyat berkurung di rumah pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sekitar dua tahun lalu.
“Saya ni bagus, pandai main FIFA di Playstation. Siapa nak lawan boleh try. Boleh cari saya secara online.
“Untuk permainan ini, kami ada 15 orang, tetapi kami akan rotate mengikut giliran. Tapi ikut, juga, kalau ada masa dan orang ajak main, saya mainlah.
“Tetapi, saya paling aktif bermain FIFA ketika PKP beberapa tahun lalu, sebab duduk rumah kan,” katanya sambil memberitahu yang kelab bola sepak kegemarannya adalah Kelab Chelsea.
Dalam perkembangan terbaharu, Nazir kini muncul dengan buku berjudul Di Sebalik Nama, naskhah alih bahasa buku What’s In A Name yang laris dijual pada tahun lalu.
Terjemahan buku sulungnya yang mengisahkan tentang keluarganya dan bapanya yang merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua serta kerjaya dan jiwa Malaysia itu kini sudah mula berada di pasaran.
Buku versi bahasa Malaysia ditawarkan pada harga mesra pembaca iaitu RM49, manakala harga versi bahasa Inggeris ialah RM89.
Kedua-dua buku “Di Sebalik Nama” terbitan Alaf 21 dan “What’s in A Name” terbitan Whitefox boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar