Berita

Israel Bom Bandar Gaza Selepas Pengumuman Gencatan Senjata, Puluhan Orang Awam Terkorban

Gempak
16/01/2025
08:27 MYT
Sponsor Banner
Israel Bom Bandar Gaza Selepas Pengumuman Gencatan Senjata, Puluhan Orang Awam Terkorban
Perjanjian gencatan senjata tidak berkuat kuasa sehingga Ahad ini tetapi laporan dari Semenanjung Gaza menunjukkan bahawa tentera Israel meneruskan pengeboman, lapor portal berita The Guardian semalam.
Pertahanan Awam Palestin yang dikendalikan Hamas berkata, serangan udara Israel telah membunuh lebih 20 orang sejak perjanjian itu diumumkan.
Ia termasuk serangan yang menyasarkan blok kejiranan Sheikh Radwan di Bandar Gaza yang mengorbankan 12 penduduk dan mencederakan 20 yang lain.
Namun, tentera Israel masih belum mengulas mengenai laporan tersebut.
Wartawan Palestin, Anas Al-Sharif berkata, kepantasan pengeboman telah meningkat secara mendadak dalam beberapa jam kebelakangan ini dengan menyifatkannya sebagai mengerikan.
Sumber: Kosmo
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024