Hiburan
Neelofa Dedah Tak Pernah Guna Duit Sendiri Beli Keperluan Rumah, Reaksi Nora Danish Pula Jadi Perhatian - “Seronoknya Kehidupan Macam Itu”
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan wang untuk membayar keperluan rumah seperti bil air dan barang dapur sejak berkahwin dengan Haris Ismail.
Tanggungjawab suami
Menerusi podcast Neelofa berkata Haris atau PU Riz akan memastikan segala keperluan rumah dibawah tanggungjawabnya.
“Bil rumah, sewa, air, api, grocies dan semua memang saya tak pernah sentuh sejak saya berkahwin sebab itu tanggungjawab dia untuk menyediakan rumah, tempat tinggal, makanan, pakaian.
“Kadang-kadang saya pergi beli susu anak ke, pergi beli barang-barang nak masak, ikan, ayam semua kan. Dia akan tanya mana bil.
“Kalau kata saya tak minta dengan dia atau nampak plastik dekat dapur dia akan tanya ‘you pergi beli barang, jangan buat macam ini, sebab ini I kena bayar’,” kata Neelofa.
Reaksi Nora Danish
Dalam pada itu, pelakon Nora Danish yang menjadi tetamu di podcast tersebut turut tumpang rasa gembira dengan kehidupan Neelofa.
“Seronoknya kehidupan macam itu,” kata Nora.
Pesanan buat pasangan
Pada podcast itu juga, Neelofa turut menitipkan pesanan dan nasihat kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
“You nak kahwin, husband kena sediakan rumah, sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima. Sebab kalau you tak boleh terima kemampuan bakal suami you, benda itu akan jadi problem nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Teguran PU Riz Untuk Individu Kata ‘Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar’ - “Dalam Agama Ada Bahagian Yang Dipanggil Malu Dengan Dosa”
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Kongsi Video Memasak, Netizen 'Usha' Benda Lain Pula...
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"
“Banyak orang nak sort that out selepas kahwin. Kata tak apa la, kita cinta-cinta dulu, kahwin dulu boleh fikir benda itu nanti padahal benda itu kena bincang dahulu dan faham benda itu baru kahwin,” ujarnya.