Neelofa Kongsi Tips Dapatkan Jodoh - “Saya Doa Begini Sahaja…”
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa berkongsi tips bagi mendapatkan pasangan.
Doa dapat jodoh
Menerusi perkongsian video seorang pengguna di TikTok, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, memaklumkan dia hanya konsisten mengamalkan satu doa untuk mendapatkan jodoh yang terbaik.
“Dulu saya nak minta kriteria yang macam ini, macam itu. Tapi dapat yang macam ni.
“Saya doa begini sahaja, “Ya Allah berilah aku jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku”.
“Itu doa yang ringkas, padat tapi kena konsisten sahaja doa yang sama,” kongsinya.
Semetara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menitipkan doa agar Neelofa dan suami kekal bahagia hingga ke syurga.
“Semoga pasangan ni kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiin ya Rabb.
“MasyaAllah, pasangan terindah, semoga bahagia till Jannah, dulu Lofa pernah share doa ini.
“Suka Neelofa punya style,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas yang juga pelakon, Ustaz Muhammad Haris pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang kini berusia tujuh bulan.