UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Nenek Nia Ramadhani Meninggal Dunia, Sudah Siapkan Keranda & Jahit Baju Mati

Maliah Surip 26/01/2025 | 04:24 MYT
Selebriti Indonesia, Nia Ramadhani sedang berduka selepas nenek kesayangannya meninggal dunia pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Lama Tak Muncul TV & Tak Rancang Buat ‘Comeback’, Nia Ramadhani Teringin Nak Datang Malaysia

Nia berasa sangat terkesan dengan pemergian neneknya, Hanna Louise Poluan kerana sosok itulah yang telah memelihara dia dan kakaknya selama 17 tahun.

BERITA TRENDING: Nia Ramadhani Akui Pengalaman Dipenjara Satu Hikmah Terbesar Dalam Hidup - “Tiada Manusia Yang Sempurna”

Selain menceritakan kenangan dan jaga wanita yang dipanggil Oma itu kepadanya, Nia memberitahu neneknya seakan tahu dia tidak akan hidup lama.
Meninggal kerana kanser paru-paru yang dideritai sejak 2024, wanita itu sudah mempersiapkan keperluan kematiannya termasuk keranda dan pakaian yang dipakai saat sudah menjadi mayat.
“Dia sudah pilih keranda dan sudah kami beli. Kami juga sudah siapkan bahan baju yang mahu dipakai. Baju itu kami jahit dan sudah siap, tinggal dipakai pada hari pertama dia di alam baru,” ujar Nia seperti dilaporkan Detik.com.
Nia juga memberitahu neneknya sudah memilih lokasi untuk dikebumi serta siapa yang akan menghantar dia ke kubur termasuk cicit dan cucu yang akan memegang gambarnya sewaktu pengebumian.
“Pokoknya semua sudah dia atur. Kubur di mana, dan sewaktu hantar ke kubur juga dia sudah pilih orang-orang yang akan mengiringinya,” kata Nia lagi.
Nenek Nia diketahui bukan beragama Islam namun pelakon dan seluruh keluarga termasuk suaminya sangat sayang dan menghormati wanita yang banyak berkorban untuknya.

BERITA TRENDING: Kes Dadah Selamatkan Nia Ramadhani, Suami Dari Bercerai

#Nia Ramadhani #Meninggal Dunia #Indonesia #Nenek #Keranda #Baju
;