Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Netizen 'Bantai' Bekas Isteri, Fizo Omar; "Saya Maafkan Mawar, Dia Tetap Emak Kepada Anak Saya"

Amri Hassan 19/01/2022 | 22:57 MYT
Pelakon Fizo Omar simpati atas nasib yang menimpa bekas isterinya, Mawar Karim yang dikecam teruk oleh netizen gara-gara berkongsi luahan hatinya mengenai anak mereka, Wan Maryam di Instagram.
BACA: Mawar Karim Terkejut Maryam Kata 'Sad' Masa Bercuti Di Taman Tema Dengan Fizo Omar - "Mungkin Perkara Ini Remeh, Tapi Bagi Saya Tidak"
Kata Fizo dia sudah memaafkan Mawar dan menghormati pandangannya berhubung salah faham itu.
"Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikecam netizen. Saya sebenarnya tidak dikecam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.
"Ramai netizen yang ‘bantai’ Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya hormati.
"Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu beremosi atau mungkin ada salah faham," katanya.
Justeru, Fizo memohon agar netizen berhenti mengecam dan menghukum bekas isterinya itu.
"Saya harap netizen jangan buat andaian dan persepsi. Janganlah menghukum dan mengecam dia. Kita bersangka baik dengan semua perkara. Macam mana pun, dia tetap emak kepada anak saya," tambah Fizo.
Terdahulu, Mawar tampil menyatakan perasaannya melihat keadaan anaknya, Wan Maryam yang didakwa bersendirian ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru bersama Fizo baru-baru ini. Foto berkenaan diperoleh Mawar daripada kiriman pengguna di media sosial.
Namun, Fizo tampil memaklumkan situasi berkenaan hanya salah faham dan secara tidak langsung telah mencalarkan hubungan baik mereka selama ini.
BACA: "Saya Nak Pergi Tandas Pun Dia Nak Ikut" - Fizo Omar Nafi Abaikan Anak Sendirian, Mohon Jangan Keruhkan Keadaan
Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
#pelakon #Viral #Anak #Fizo Omar #Artis #Taman Tema #Johor #Mawar Karim #Wan Maryam
;