Hiburan
Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Aliff Aziz Nampak Fresh
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), FiziWoo berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan aktor itu menggayakan koleksi terbaharu mereka.
Tampil dengan imej yang segar, bekas suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu ternyata mencetus perhatian wargamaya.
Netizen Kurang Senang
Namun, apa yang membuatkan netizen kurang senang adalah mereka mempersoalkan jenama fesyen tersebut yang didakwa sengaja mengambil Aliff Aziz untuk berkolaborasi.
Susulan itu, rata-rata peminat jenama fesyen tersebut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tersebut.
Lebih parah, ada juga yang mengambil pendekatan untuk memboikot dan menyahikut akaun IG jenama fesyen itu.
“Tak ada manusia lain lagi ke?,” soal seorang netizen.
“Why him?,” soal netizen lain.
“Done unfollow. Tah apa-apa macam tak ada artis lain,” tulis netizen kecewa.
“Cancelled,” komen netizen.
“Im so in love with Fiziwoo attire but how come you guys choose him as your muse. So sad,” luah peminat.
Terdahulu, jenama fesyen tersebut turut mengambil aktres kontroversi, Ruhainies sebagai duta kempen bagi koleksi pengantin pada tahun lalu.