Hiburan

Netizen Dakwa Kongsi Berita Hamil Terlalu Awal Punca Gugur, Kieda Crepe Menangis - “Bukan Saya Minta..."

Mya Amri
15/08/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Dakwa Kongsi Berita Hamil Terlalu Awal Punca Gugur, Kieda Crepe Menangis - “Bukan Saya Minta..."
Personaliti media sosial dan usahawan, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen mendakwa dia mengalami keguguran kerana memaklumkan berita kehamilan terlalu awal.

Hanya niat mahu berkongsi

Kieda menerusi akaun TikTok menjelaskan dia hanya berasa teruja selepas disahkan hamil anak ketiga.
Jelas pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra ini lagi, niatnya hanyalah ingin berkongsi ikhtiar dan perjalanan untuk mendapatkan zuriat.

“Pengajaran untuk Kak Kieda andai kata lepas ni mengandung kita tak kongsi dah lah kot dekat orang. Saya cuma teruja sebab perjuangan saya untuk mendapatkan anak ketiga ini semua tengok di story saya.

“Saya suka kongsi semasa buat scan, makanan yang saya makan untuk hilangkan PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) serta cyst.
“Saya tak berlaku pendarahan, orang kata padan muka bagi tahu awal-awal, saya cuma teruja awal-awal tu sebab perjuangan kita nak dapat dua garis tu semua orang nampak,” ujarnya menerusi siaran langsung di TikTok.

Tiada punca keguguran

Dalam pada itu, Kieda juga turut menyatakan tiada sebarang punca keguguran dan menganggap itu sebagai takdir Tuhan.
“Tak turun darah, anak saya memang kuat dalam rahim, bukan sebab pergi mandi ke, kerja ke bukan. Doktor pun cakap bukan. Ini semua kuasa Tuhan.

“Ada yang anak berusia 27 minggu, 33 minggu nak bersalin pun anak meninggal dalam perut bukan ada punca.

“Tapi ada orang komen macam saya pula nak bunuh anak, mana ada saya bunuh anak, saya beli supliment mahal-mahal untuk anak nombor tiga ni.

“Anak pertama, anak kedua pun saya tak makan supliment macam sekarang ni, saya beli macam macam.
“Anak pertama, anak kedua saya lagi susah tak makan suppliment tapi anak kuat je dalam rahim.

“Anak ketiga ni saya makan suppliment kuatkan rahim tapi dah Allah kata jantung anak nak berhenti nak buat macam mana. Bukan saya minta, tak akan saya nak bunuh anak saya,” jelasnya.

Kieda sebelum ini memaklumkan dirinya mengalami keguguran selepas usia kandungan mencecah 10 minggu.
Berikut merupakan penjelasan penuh Kieda:
@yanaamer99 Stay strong kak kieda semoga dipermudahkan segala urusan kita tgol live dia kita sekali sedih?#kiedacrepe #semogacepatsembuh #semogakuathadapinya ♬ bunyi asal - Sis Yana
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar