Netizen Kesal Sikap Ghairah Viral, Selalu Tolong Orang Yang Salah - “Jangan Terlalu Percaya…”
Seorang individu di Facebook meluahkan rasa kekesalan dengan segelintir pihak yang ghairah menularkan sesuatu perkara tanpa sebarang penyelidikan.
Kongsi Pengalaman Bantu Orang Yang Salah
Berkongsi cerita tentang pengalamannya yang seakan-akan sama dengan isu viral baru-baru ini, individu tersebut menceritakan tentang segelintir pihak di luar sana yang menggunakan ‘kesusahan’ sebagai salah satu cara meraih simpati orang ramai bagi meraih keuntungan diri sendiri.
“Kadang-kadang jangan terlalu percaya dengan benda viral...
Pada penghujung coretannya, individu berkenaan menegaskan supaya sentiasa menyelidik latar belakang seseorang sebelum memberi sebarang bantuan kerana bimbang kesengsaraan yang dipamerkan itu hanya sekadar modal untuk mengambil kesempatan.
BERITA TRENDING: Pasangan Tular Bawa Bayi Atas Motor Mengaku Bukan Suami Isteri, Dalam Proses Berkahwin
Terdahulu, sepasang pasangan dengan anak lelaki berusia 11 bulan yang menggunakan alat pernafasan tular selepas gambar mereka menaiki motosikal bertiga dimuat naik di media sosial.
BERITA TRENDING: Individu Mengaku Sebagai Imam Masjid Dakwa Pasangan Tular Belum Berkahwin
Akan tetapi, selepas diperiksa, seorang imam di kawasan berkenaan mendakwa bahawa pasangan itu masih belum berkahwin dan tidak ada sebarang dokumen pernikahan sah bagi kedua-dua individu itu.