Laman Utama
Netizen Mengamuk Lihat Lucinta Luna Selamba Solat Aidiladha Di Saf Wanita
Tindakan Lucinta Luna berkongsi foto dirinya melakukan solat Aidiladha pada pagi perayaan tersebut telah menimbulkan amarah dalam kalangan netizen.
Hal ini kerana Lucinta diketahui seorang lelaki dan memilih menjadi transgender. Meski sudah berpenampilan seperti wanita, pempengaruh daripada Indonesia itu tetap seorang lelaki.
Dan hal yang membuatkan netizen sangat marah adalah Lucinta melakukan solat sunat Aidiladha di saf wanita. Dia juga dilihat tidak malu memakai telekung bercorak hitam putih dan berselfie bersama beberapa orang jemaah perempuan di masjid tempat dia melakukan ibadah.
Menerusi kemas kini di Instagramnya, Lucinta mengucapkan selamat hari raya Aidiladha, dan meminta maaf kepada semua.
“Alhamdulillah bisa ibadah berjamaah bersama sanak saudara, maaf zahir batin ya teman-teman bila ratu ada salah ya,” tulis Lucinta pada kapsyen di foto tersebut.
Tindakannya itu menimbulkan kemarahan dan ramai netizen yang meninggalkan komen menegur sikap Lucinta yang disifatkan sebagai melampau.
“Kaum LGBT ini meresahkan dan mengajar banyak hal negatif,” tulis seorang netizen seperti dilaporkan Viva.co.id.
“Harusnya di saf depan kasihan dengan wanita boleh terbatal wuduk kerana bersalaman,” kata yang lain pula.
“Meskipun sudah operasi plastik, anda tetap lelaki. Kalau mahu ikut solat tetap kena duduk di saf lelaki,” tulis seorang lagi.