Nama Luna Maya dan Lucinta Luna memang kerap meniti di bibir peminat. Seorang merupakan pelakon berjaya dan seorang lagi selebriti media sosial yang kerap mengundang kontroversi.

Tidak hanya memiliki nama yang hampir serupa, hubungan kedua bintang berlainan bidang itu juga dilihat begitu akrab.

Jom lihat keakraban dua individu ini menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram dan laman sosial masing-masing!





Lucinta Luna dan Luna Maya baru-baru ini melakukan aktiviti bersama bagi sebuah jenama. Maklumlah, kedua-duanya merupakan duta bagi jenama berkenaan.



Menerusi aktiviti berkenaan, Lucinta dan Luna berpeluang untuk menaiki jet peribadi yang difahamkan disewakan untuk mereka.



Lucinta ada menyebut yang Luna sebagai the queen of twin sister Bulan Sabit Sailor Moon. Lucinta juga menyatakan mereka seolah-olah seperti pasangan kembar dan bimbang jika tertukar teman lelaki.

Sumber: KapanLagi