Viral

Netizen Persoal Punca Kematian, Ustaz Bola Mohon Hormat Keluarga Arwah Nidza Afham - “Bahkan Seolah-Olah Macam Kita Pula Penyiasat”

Asyikin Mayudin
16/08/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Persoal Punca Kematian, Ustaz Bola Mohon Hormat Keluarga Arwah Nidza Afham - “Bahkan Seolah-Olah Macam Kita Pula Penyiasat”
Susulan kenyataan daripada pihak polis yang menyatakan siasatan kes kematian Allahyarham penyanyi Nidza Afham 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di laman sosial.

Berhenti beri pandangan

Bagaimanapun ada dalam kalangan netizen yang berasa curiga dengan keputusan bedah siasat dan masih mempersoalkan kematian arwah Afham atau nama sebenarnya, Muhammad Nidza Afham Mokhtar.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai Bedah Siasat, Polis Klasifikasi Kematian Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut - “Tiada Lain-Lain Kecederaan Fizikal”

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie Minta Orang Ramai Berhenti Kongsi Gambar Arwah Nidza - “Sila Take Down…”
Menerusi perkongsian video Ustaz Tajdid Hadhari atau dikenali sebagai Ustaz Bola, memohon agar tiada pihak memberi pandangan berkaitan dengan kematian arwah.
“Saya mohon kepada anda semua, sahabat di luar, yang mungkin aktif di laman sosial atau mana saja. Tolong pastikan, jangan sesekali kita melontarkan pandangan itu dan ini.

“Bahkan seolah-olah macam kita pula penyiasat, sebab Allah nyatakan dalam Al-Quran, surah Al Hujurat, Ayat ke-12, Allah nyatakan jangan sesekali, kamu berprasangka.

“Kadang-kadang kita D’zon ini, dalam bahasa Arab, sangkaan kita kata itu, kata ini, seolah-olah macam kita pula yang ada diposisi tersebut. Jangan kita berprasangka sebab Allah letakkan pula dalam ayat yang sama.
“Iaitu, adakah kamu ini sanggup memakan daging saudara kamu yang sudah mati. Maksudnya ibarat, kalau kita mencari keburukan orang lain, melontarkan itu dan ini, bersembang pula tentang individu itu, bahkan orang yang sudah meninggal seolah-olah kita ini sanggupkah makan daging saudara yang telah mati,” katanya.

Hormati ahli keluarga

Pada perkongsian yang sama, Ustaz Bola yang juga penyampai radio Zayan memohon agar semua pihak menghormati perasaan ahli keluarga dan roh arwah.
“Tak sanggup kan nak makan daging saudara kita yang sudah mati. Jauhkanlah, jangan kita ini sesekali bertindak sedemikian okay. Hormat perasaan ahli keluarga arwah, yang kedua, hormat kepada roh arwah.

“Kita doakan yang baik-baik saja. Insya-Allah mudah-mudahan kita lebih berperikemanusiaan. Dan lebih berakhlak, dalam media sosial,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat telah dijalankan bermula kira-kira pukul 11 pagi hingga 3 petang di Hospital Shah Alam pada Khamis.
Hasil bedah siasat itu, kematian Allahyarham penyanyi Nidza Afham atau nama sebenarnya, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
@ustazbola Jagalah adab dan akhlak kita guys Yang pergi menghadap Ilahi, Yang masih disini taatlah kepada Ilahi #ustazbola #zayan #ilmu #adab #akhlak #fyp #fypシ ♬ original sound - Ustaz Bola
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar