Laman Utama

Netizen Puji Eizlan Yusof, Bekas Isteri Vie Shantie & Suami Hantar Anak Berkhatan: "Keluarga Terbaik..."

Maliah Surip
23/03/2021
06:20 MYT
Sponsor Banner
Netizen Puji Eizlan Yusof, Bekas Isteri Vie Shantie & Suami Hantar Anak Berkhatan: "Keluarga Terbaik..."
Baru baru ini aktor Dato Eizlan Yusof menghantar anak bujung hasil pernikahan pertamanya bersama Vie Shantie, Zareef Yusof berkhatan.
Apa yang menarik perhatian warga maya adalah sikap terbuka Eizlan dan Vie Shantie yang masih akrab biarpun sudah bercerai dan memiliki pasangan masing masing. Mereka memuji Eizlan dan Vie Shantie yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Rahman Dahlan untuk melihat proses tersebut sebagai tindakan yang baik.
Malah ada yang mengatakan sebagai pasangan yang telah lama bercerai dan mempunyai pasangan masing masing, mereka tetap berjiwa besar demi kebahagiaan seorang anak.
Tidak hanya itu, wajah kacak Zareef juga telah mencuri perhatian warga maya.
Eizlan yang telah bernikah dengan Natasha Rosa Boudville pada tahun 2019 dilihat memimpin erat tangan anak lelakinya selain menemani Zareef semasa proses berkhatan yang dilaksanakan di sebuah klinik.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik Eizlan di akaun media sosialnya, @eizlanyusof, beliau turut kelihatan berbual mesra dengan bekas isterinya, Vie Shantie dan suaminya, Rahman Dahlan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Vie Shantie di atas usaha yang dilakukannya sepanjang anak hasil perkongsian hidup mereka melalui proses berkhatan.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih Mummy Vie Shantie untuk video yang penuh memori dan indah ini. Terima kasih juga kepada Papa Rahman Dahlan kerana sokongan anda," tulisnya bersama sepotong video perjalanan berkhatan Zareef beberapa hari lalu.
Meninjau ke akaun Instagram miliki Vie Shantie, perempuan itu juga menuliskan rasa bersyukur kerana proses berkhatan satu satunya anak lelaki yang dimiliki berjalan lancar.
"Saya berdoa nak SEORANG sahaja anak lelaki dan Alhamdulillah Allah SWT MAKBULKAN.
"Bukan saya menolak rezeki, tapi saya tahu bukan senang tanggungjawab sebagai anak lelaki. Mereka harus dididik dengan akhlak yang baik dan mereka harus punya nilai tanggungjawab yang melebihi anak perempuan dari pelbagai segi.
"Bukan sahaja harus bertanggungjawab, tapi mereka juga adalah perintis generasi dan kehidupan bagi sebuah keluarga, masyarakat, negara dan juga agama. Semoga Allah SWT kurniakan kita dengan anak-anak lelaki yang baik, taat pada ibu bapa dan tinggi imannya kepada Allah SWT, inshaa Allah," tulis Vie Shantie.
Untuk rekod, Eizlan dan Vie Shantie bernikah pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang cahayamata dengan dua daripada perempuan. Mereka bagaimanapun bercerai pada tahun 2015.
Instagram: @eizlanyusof
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar