Laman Utama

Netizen Salah Bual, Alamak! Orang Lain Buat Hal, Jofliam Yang Kena Maki - “Bukan Saya, Saya Tak Toncet”

Mya Amri
29/07/2021
08:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Salah Bual, Alamak! Orang Lain Buat Hal, Jofliam Yang Kena Maki - “Bukan Saya, Saya Tak Toncet”
Orang lain punya hal, orang lain kena tempias. Itulah yang berlaku kepada Jofliam apabila personaliti media sosial ini menerima tempias ekoran isu instafamous yang didakwa biadap terhadap warga emas semalam.
Ada sesetengah netizen yang terkeliru dan menyangka mereka berdua adalah orang yang sama.
Perkara itu menyebabkan netizen mula menyerang dan memberikan kata-kata negatif termasuklah yang berbentuk makian.
Jofliam bagaimanapun menerusi akaun Instagramnya menjelaskan dia dan individu yang viral itu bukan orang yang sama.
Jofilam juga turut meletakkan bukti tersebut menerusi ruangan feed dan highlight di akaun Instagramnya.
“Yang baru datang Instagram saya, tu bukan saya. Yang sound pakcik tu bukan saya. Dia toncet, saya sikat tepi.
“Saya buat apa ni? Bukan saya, bukan saya, saya tak toncet la.
“Bukan saya, makin ramai makinkat DM ni. Kenapa saya kena serang ni. Jangan sampai saya buat video perbezaan kehenseman saya dengan toncet,” tulisnya.
Jofliam juga turut membuat video perbandingan antara dirinya dan juga orang yang didakwa sehingga menimbulkan rasa geli hati pengikutnya.
“Untuk menjawab fitnah ke atas saya, video ini menjadi titik jawapan kepada anda semua, saya bukanlah orang di dalam video tersebut. Inilah serba sedikit video perbezaannya,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi komen-komen di media sosial rata-ratanya terhibur dengan gelagat Jofliam yang sempoi sewaktu menafikan perkara itu. Sehingga artikel ini ditulis, video Jofliam telah menerima lebih 230,000 tontonan.
Terdahulu, Terdahulu, tular sepotong video seorang usahawan dan instafamous lelaki di media sosial yang didakwa sengaja memalukan seorang warga emas dengan mengungkit kisah silamnya di hadapan orang ramai.
Rakaman tersebut telah mencetuskan rasa marah netizen apabila usahawan terbabit mengungkapkan sepotong ayat, "Masa muda dulu menyesal tak?" dengan nada yang dikatakan begitu sombong dalam sesi program keusahawanan dan motivasi sebahagian gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Netizen juga turut menggesa orang ramai agar memboikot jenama fesyen dan produk yang dikeluarkan oleh Instafamous itu bersama isterinya.
BACA: Isteri Influencer Viral Malukan Warga Emas Kongsi Status Tentang Ujian & Pahala, Netizen Warning; "Jangan Play Victim"
BACA: Dah Buat Netizen Bengang, Carl Samsudin Minta Maaf, Dakwa Selama Hidup Tak Pernah Biadab
BACA: Ibu Instafamous Perjelas Video Dakwaan Malukan Warga Emas- “Hanya Yang Fikir Secara Terbuka Dapat Jawapan”
Antara yang turut menyuarakan ketidakpuasan hati itu termasuklah pelakon terkenal, Aaron Aziz.
BACA: “Gelandangan, Penagih, Pengemis Ke, Lu Kalau Nak Buat Kebajikan…” - Malek Sudah Mari, Aaron Aziz Sound Instafamous!
Sekadar info, susulan daripada video yang tular berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihak polis telah memanggil lelaki terbabit dan dia dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar