Viral
Netizen ‘Serang’ Laman Sosial Imran Aqil Sebab Dahlia Rizal - “I Rasa Posting Imran Tak Ada Hate Dekat Dia…”
Pelakon Imran Aqil mengakui dia jarang menerima komen kecaman atau netizen melemparkan kebencian di laman sosial miliknya.
Jarang Terima Komen Negatif
Imran berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast Sembang Atas Dulang bersama pempengaruh dan personaliti media sosial, Ceddy menerusi Syok.
“Sebelum ini, I would say macam posting la juga. I jarang juga sebenarnya (terima kecaman),” kata Imran.
Dahlia Penyebab Komen Penuh
Isteri kepada Imran iaitu pempengaruh Dahlia Rizal yang turut menjadi tetamu di podcast itu bagaimanapun berkata netizen yang meninggalkan komen negatif di laman sosial suaminya disebabkan dirinya.
“Kalau dia post pun, yang ada I, yang hate (benci) itulah I, bukan Imran. I rasa posting Imran tak ada hate dekat Imran. Kalau I tengah viral dan Imran tengah post time I tengah viral, komen itu full dengan I walaupun video itu tak ada I pun.
“Diorang akan cakap ‘oh your wife ini, your wife itu’,” kata Dahlia.
Dahlia sering kali menjadi mangsa serangan netizen di laman sosial apabila berlakunya sesuatu yang viral melibatkan dirinya.
Apa saja kenyataan yang dikeluarkan Dahlia di laman sosial sentiasa menjadi perhatian netizen malah model muslimah itu juga pernah dikecam gara-gara didakwa menyokong produk Pro-Israel.