Laman Utama
Netizen Tak Puas Hati Nicholas Saputra Jadi Model Skin Care, Disifatkan Terlalu Sempurna
Mempunyai rupa paras elok dengan kulit mulus, tindakan sebuah syarikat kecantikan memilih aktor Nicholas Saputra sebagai ‘duta’ kempen penjagaan wajah mendapat respons yang beragam dalam kalangan netizen.
BERITA TRENDING: Nicholas Saputra Tak Rasa Kehidupannya Menarik Sungguhpun Jadi Kegilaan Ramai
Tanpa disangka, pemilihan Nicholas untuk kempen kecantikan dan krim perlindungan wajah Skintific juga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang menyifatkan aktor itu sudah sempurna.
Oleh kerana penampilan Nicholas sudah sempurna, ramai yang mengatakan bagaimana mahu tahu tentang keberkesanan produk tersebut jika wajah yang digunakan tidak punya ‘cacat cela’.
“Kenapa modelnya yang memang sudah putih (elok), bukannya yang mengalami masalah kulit jadi bila pakai terus glowing,” cuit seorang pengguna di platform X.
“Sebelum skin care pun anda sudah kacak, bagaimana mahu menjadi buruk, tak menjadi,” tulis yang lainnya pula.
Namun ada juga netizen yang mengatakan pemilihan bintang Ada Apa Dengan Cinta? itu sebagai wajah bagi produk tersebut akan menjadi lebih ‘mahal’ kerana Nicohalas.