Laman Utama

“Ni Baru Betul, Bukannya Prank Awek Curang” - Netizen Puji Video Ikat Tali Leher, Bekas PM Teringat Konsep 1 Malaysia!

Hanafis Haris
13/01/2022
16:48 MYT
Sponsor Banner
“Ni Baru Betul, Bukannya Prank Awek Curang” - Netizen Puji Video Ikat Tali Leher, Bekas PM Teringat Konsep 1 Malaysia!

Video seorang lelaki Melayu membantu pemuda kaum Cina yang dimuat naik oleh seorang YouTuber sejak kelmarin mendapat pelbagai reaksi positif ramai.

Selain daripada berjaya membuatkan netizen tersentuh, kebanyakan mereka juga memuji konsep dan idea eksperimen sosial yang diketengahkan.

Malah, ada juga yang membandingkan video berkenaan dengan hasil ‘prank’ YouTuber lain.

Menurut mereka, video sebegini harus diperbanyakkan supaya masyarakat boleh mengambil iktibar dan pengajaran.

“Ini barulah social experiment, bukannya prank awek curang merapu, tabur duit, bakar itu ini”

“Social experiment adalah salah satu dalam buat content. Bukan hanya sekadar prank orang je kerja. anyway, terharu tengok video ni dah macam ayah tolong anak bersiap”.

“Please banyakan video macam ni, cukuplah prank-prank bodoh YouTuber sekarang ni,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, video berkenaan turut mendapat respon bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, dia masih teringat apabila memperkenalkan konsep satu Malaysia dahulu.

“Ada yang membantah, mengkritik saya. Tetapi saya mahukan Malaysia yang adil dan saksama,” katanya.

Sekadar info, video lelaki mengikat tali leher itu tular selepas ia dimuat naik di platform YouTube milik seorang YouTuber, Leeroy Wong.

Difahamkan, momen berkenaan merupakan satu daripada eksperimen sosial di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 83,000 kali.

BACA : “Macam Bapa Layan Anak” - Kasih Sayang Tak Kira Kaum, Video Ikat Tali Leher Buat Ramai Touching!

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024