Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Ni Gambar Promo Untuk Astro First Bila Saya Sign Jadi Artis Astro..." - Aaron Aziz Teringat Kenangan Lama

Badrul Hashim 05/05/2020 | 22:45 MYT
Datuk Aaron Aziz pernah mengecapi kegemilangannya dalam filem dan televisyen, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara kelahiran asalnya, Singapura.
Dua kali dia merangkul anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH.
Anugerah demi anugerah diraihnya, tidak kira dalam kategori terbaik mahupun popular, malah lakonannya dalam filem Ombak Rindu sehingga kini menjadi salah satu lakonan yang paling diingati.
Mengikuti perjalanan kariernya, Aaron Aziz pernah bernaung di bawah Astro, stesen satelit nombor satu di Malaysia selama tiga tahun.
Beliau bersama dua lagi selebriti popular iaitu Zizan dan Johan dipilih menjadi artis eksklusif Astro berdasarkan bakat dan pencapaian yang mereka perolehi.
"Those were the days. Ni gambar promo untuk Astro first time bila saya sign jadi Artis Astro. Lama gila ni. 2008-2009 gitu," tulis Aaron pada satu entri di Instagram, mengingati kisah lama.

Those were the days... ni gambar promo utk Astro first time bila saya sign jadi Artiste Astro... lama gila ni.. 2008-2009 gitu. #Abgterjumpagambarlama #Abgsokurus #Abgstillkuruskan #Abgrindulahzamandulu #AbgadaMagic

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Bersama Astro, Aaron Aziz menjalani penggambaran drama 80 episod, filem dan pelbagai lagi yang disediakan untuk pelakon yang cukup berbakat ini.
Pastinya pelakon yang kini sudah menceburkan diri di bidang pengarahan, pengacaraan dan mempunyai artis sendiri di bawah naungannya akan terus maju jaya.
Aaron yang berkahwin dengan Diyana Halik pada 2003 dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Beliau juga telah mendapat taraf pemastautin tetap Malaysia.
#pelakon #Aaron Aziz #Pelakon
;