Hiburan
"Ni Kena Buat Sebelah Kiri Yang Tersumbat..." - Adik Lelaki Jasmin Hamid Jalani Pembedahan Jantung
Pelakon Jasmin Hamid mendedahkan adik lelakinya, Huzer terpaksa menjalani pembedahan jantung buat kali kedua.
Berita tersebut dikongsikan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Menurut Jasmin, untuk kali ini, Huzer dibedah jantung sebelah kiri selepas mengalami masalah tersumbat.
"Mohon doakan untuk adik lelaki saya supaya Allah permudahkan urusan pembedahan untuk jantungnya.
"Bulan lepas dah buat sebelah kanan, ni kena buat sebelah kiri yang tersumbat tu pulak," tulisnya.
Tambah pelakon drama Syurga Di Mana itu berdoa semoga adik lelakinya dipanjangkan umur serta sembuh daripada penyakit yang dialaminya.
"Mohon Allah ampunkan segala dosanya, dipanjangkan usianya dan angkat segala penyakitnya.
"Sesungguhnya Allah sahaja yang ada kuasa untuk menyembuhkannya.
"Kita hambanya hanya ikhtiar dan berdoa. Selebihnya kembalikan kepada Allah," tulisnya lagi.
Terdahulu, adik lelaki Jasmin pernah mengalami serangan jantung buat kali pertama pada 28 Ogos yang lalu.