Hiburan

Nia Ramadhani Akui Pengalaman Dipenjara Satu Hikmah Terbesar Dalam Hidup - “Tiada Manusia Yang Sempurna”

Umirah Halim
31/07/2024
16:00 MYT
Sponsor Banner
Nia Ramadhani Akui Pengalaman Dipenjara  Satu Hikmah Terbesar Dalam Hidup - “Tiada Manusia Yang Sempurna”

Pernah dijatuhkan hukuman penjara akibat kes penyalahgunaan dadah, pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menganggap kejadian tersebut sebagai satu hikmah terbesar dalam hidupnya.

Ambil pelajaran

Kata Nia, 34, dia berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada insiden terbabit dan mengingatkan agar tidak berasa malu untuk mengaku salah.

“Setiap orang ada masa lalu masing-masing, yang baik mahupun yang buruk. Setiap manusia ada perjalanan hidup mereka sendiri.

“Tak perlu malu dengan diri sendiri dan semoga apa yang terjadi dengqn saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana.

“Kejadian itu turut membawa hikmah yang besar dalam hidup saya. Jangan pernah malu apabila sudah berbuat silap, biarpun seorang figura umum. Tiada manusia yang sempurna,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: Netizen Kecam Artis Berkaraoke Sakan Malam Ramadan - "Namamu Harus Sejajar Sama Bulan Ramadan"
BERITA TRENDING: Kes Dadah Selamatkan Nia Ramadhani, Suami Dari Bercerai

Syukur ramai menyokong

Dalam pada itu, Nia turut sempat meluahkan rasa syukur apabila ramai yang memberikan sokongan kepadanya selepas kes terbabit berlaku.

“Selepas kes tersebut, ternyata masih ramai yang memberi sokongan di belakang saya. Ramai yang sayang saya, rasa bersyukur sangat.

Nia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis gala tayangan filem All Access To Rossa 25 Shining Years yang berlangsung di Plaza Indonesia.

BERITA TRENDING: "Saya Sentiasa Mengimpikannya"- Nia Atasha Bangga Jadi Model Pakaian Dalam Antarabangsa!

BERITA TRENDING: Nia Ramadhani Mengaku Suami Guna Duit Untuk ‘Membelinya’, Namun…

Terdahulu, pada Januari 2022, Nia dan suami Ardi Bakrie dijatuhkan hukuman penjara setahun akibat kes penyalahgunaan dadah.

Pasangan itu telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di Cibubur selama 12 bulan.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar