Laman Utama
Nia Ramadhani Masih Khayal Syabu Saat Ditangkap, Menangis Minta Maaf
Berita Nia Ramadhani dan suaminya, Ardie Bakri serta pemandu mereka ditangkap kerana dadah amat mengejutkan industri hiburan Indonesia.
Kisah penangkapannya yang sudah masuk hari ketiga masih menjadi tajuk utama media tempatan.
Terkini, Nia dan suaminya, Ardie muncul dalam sidang media yang dijalankan petang tadi di Jakarta dan meminta maaf terhadap perbuatannya menggunakan najis dadah.
"Petang ini dengan rendah hati izinkan saya meminta maaf kepada semua pihak. Kepada orang orang yang menyayangi saya dan semua yang telah memberi kepercayaan kepada saya," katanya seperti dilaporkan Insertlive, Sabtu.
Sambil tertunduk, Nia juga kelihatan menangis sewaktu mengaku dirinya telah mengambil dadah jenis sabu.
"Saya Nia Ramadhani Bakri, mengakui apa yang saya lakukan tidak menjadi contoh perbuatan yang terpuji," kata Nia Ramadhani sambil menangis.
Pelakon itu juga siap menerima hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya atas perbuatan tidak bermoral itu. Jika sabit kesalahan, Nia didakwa boleh dihukum penjara sehingga empat tahun.
Sebelum itu pihak polis memaklumkan sewaktu ditangkap, pelakon Bawang Merah Bawang Putih itu masih khayal dan dalam pengaruh dadah jenis syabu.
"Sewaktu ditangkap, dia masih dalam pengaruh dadah kerana Nia mengambilnya (dadah) pada waktu pagi dan petang ditangkap," ujar Kasat Narkoba Polres Jakarta Pusat Kompol Indrawienny Panjiyoga seperti dilaporkan Detik.com.
Menurut laporan sama, Nia ditangkap di kediamannya di Pondok Pinang, Pondok Indah, Jakarta Selatan, setelah polis menangkap pemandunya, ZN.
ZN ditangkap ketika hendak menyerahkan syabu kepada Nia.
"Pemandu ditangkap di depan rumah Nia," jelas Panji lagi.
Dalam penangkapan itu, polisi menyita 0,78 gram syabu dari ZN yang diakuinya adalah milik Nia. Polis kemudian menggeledah rumah Nia dan membawanya ke Polres Metro Jakarta Pusat.
Di balai, Nia yang mengaku sudah mengambil dadah sejak lima bulan lalu menghubungi suaminya, Ardi yang datang menyerah diri. Hal itu lantaran Nia mendakwa dia mengambil dadah bersama suaminya, Ardi.
Mereka ditest urine dan hasilnya positif mengandung methampetamine.
"Dilakukan test terhadap ketiga orang tersebut, test urine menyatakan positif mengandung methamphetamine atau syabu," ujar Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Yusri Yunus kepada pihak media pada Kamis (8/7/2021).
Selepas Ardi, Nia dan pemandunya ditahan, pihak polis sekali lagi kembali ke kediaman mereka dan menggeledah bilik pasangan anak tiga ini.
Namun, dari hasil penggeledahan, polis tidak menemukan dadah atau barang bukti baharu.
Instagram: @ramadhanibakrie