Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nia Ramadhani Mengaku Hisap Syabu Sudah 5 Bulan, Netizen Tepek Balik Gambar Muka Pucat & Cengkung!

Amri Hassan 08/07/2021 | 11:32 MYT
Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani disahkan positif dadah jenis methamphetamine atau syabu menerusi ujian air kencing.
BACA: Nia Ramadhani & Suami Ditangkap Polis Kerana Kes Dadah?
Malah, Nia, 31, dan suami, Ardi Bakrie, 42, ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia, turut mengaku mengambil dadah jenis itu sejak lima bulan lalu.
Selain itu, pemandu peribadi mereka turut didakwa mengambil syabu selepas ditahan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.
"Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.
"Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong)," kata Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus kepada media Indonesia pada Khamis.
Hasil dari serbuan, pihak berkuasa menemui dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.
Dalam pada itu, netizen turut membongkar semula beberapa keping foto keadaan terkini Nia yang kelihatan pucat dan cengkung sebelum ditahan sebelum ini.
Menerusi foto yang diambil dari Instagram Stories, Nia yang memakai baju merah jambu sedang merakam video dengan keadaan yang sangat berbeza daripada sebelum ini.
Sumber: Detik Hot, CNN Indonesia, Twitter
#pelakon #Nia Ramadhani #Dadah #Syabu #Indonesia #Sinetron #Jakarta #Polis #Ardi Bakrie #Lockdown #PKP
;