Hiburan

Nidza Afham Dalam Proses Kumpul Duit Kahwin - “Tapi Saya Tak Tahu La Perancangan Itu Bila…”

Ernalisa
15/08/2024
04:37 MYT
Sponsor Banner
Nidza Afham Dalam Proses Kumpul Duit Kahwin - “Tapi Saya Tak Tahu La Perancangan Itu Bila…”
Penyanyi Aufahanie memberitahu Allahyarham abangnya yang juga penyanyi Nidza Afham mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan teman wanitanya iaitu Hazmiera.

Kumpul Duit Kahwin

Tidak mengetahui bila tarikh melangsungkan perkahwinan, Aufahanie berkata abangnya juga kini dalam proses mengumpul wang untuk ke arah itu.

“Abang saya yang nombor tiga baru saja kahwin, memang sepatutnya dia la. Tapi saya tak tahu la perancangan kahwin dia itu bila, sama ada tahun ini atau tahun hadapan.

“Tapi setahu saya, memang dia dalam proses kumpul duit kahwin,” kata Aufahanie kepada Gempak ketika ditemui di Hospital Shah Alam pada Khamis.

Pernah Terpisah

Dalam pada itu, Aufahanie turut mendedahkan dia dan Allahyarham abangnya pernah terpisah ketika masih kecil disebabkan ibu bapa mereka bercerai.
Sentiasa menjadi tempat mengadu, Aufahanie berkata hubungan mereka bagaimanapun kembali rapat selepas meningkat dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sedekahkan Al-Fatihah Bila Saya Sudah Tiada…” - Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie Dedah Kekasih Nidza Afham Orang Terakhir Dihubungi Arwah - “Dia Hanya Duduk Berdua Dengan Umi Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Harap Proses Bedah Siasat Berjalan Lancar - “Setakat Ini Tak Tahu Ada Kecederaan Atau Tidak”
Namun sejak mempunyai teman wanita, arwah abangnya sudah jarang berkongsi luahan dengannya.

"Dia rajin meluah dengan saya sebab umi dan ayah bercerai, masa dari kecil kami terpisah tak duduk bersama sampailah kami duduk bersama.

“Bila besar sikit baru tanya dekat abang 'kau tak sedih ke jadi macam ni.' Tapi sejak dia ada girlfriend, dia dah tak mengadu sangatlah sebab dia banyak mengadu dekat girlfriend dia.
"Jadi, apa-apa yang dia sedih saya dah tak tahu. Kami selalu kata 'Kau kawin dulu ke aku kawin dulu’,” katanya.
Aufa yang kelihatan sugul ketika ditemui mengakui terkesan dengan kematian abangnya itu.

Tak Ada Perilaku Pelik

Katanya, arwah langsung tidak pernah menunjukkan perilaku pelik sebelum kejadian.
Semalam jenazah dikatakan ditemui pada pukul 7 malam hari Rabu kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Penemuan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki lelaki ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang, adalah penyanyi Nidza Afham.
Sebelum ini polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.
Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.
Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar