Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

Khairil Khusyairi 10/09/2024 | 08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nina memuat naik foto momen dia bersama rakan-rakan wanitanya pada hujung minggu lalu.
Namun apa yang menjadi perhatian, dalam kapsyen perkongsian tersebut, Nina turut menyelit ungkapan selamat tinggal kepada kehidupan solonya.
“Saya sangat bersyukur mempunyai wanita-wanita ini dalam hidup saya.Terima kasih untuk hujung minggu yang penuh dengan cinta dan tawa, saya dah rindu semua punya kecoh. Hidup i tenang sangat harini.
“I really pray that Allah sentiasa rapatkan kita dan pelihara persahabatan kita.

“Saya dibesarkan tanpa seorang kakak, jadi Allah sangat baik kerana telah menghantar mereka kepada saya. Love you ladies sangat-sangat. #goodbyesinglenina,” coret Nina.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut dan kenalan mengucapkan tahniah kepada Nina.

Terdahulu, Nina pernah memuat naik bersama seroang jejaka yang juga teman rapatnya dikenali sebagai Hafiz sehingga membuatkan ramai pihak mendakwa bahawa mereka sedang bercinta.
Untuk rekod, Jovian dan Nina pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dafi Dedah Punca Tak Ada Dalam Gambar Keluarga, ‘Tutup Mulut’ Mengenai Dakwaan Kakak Bakal Nikah - “Nak Buat Macam Mana, Saya Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Kacak Disamping Nina Ismail Sabri Curi Perhatian, Ramai Rakan Ucap Tahniah

#Nikah #Jovian Mandagie #Single #Bekas Isteri #Nina Ismail Sabri
;