• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Ini Peluang Untuk Dapat ‘Pencen Kubur’” – Prof. Muhaya Kongsi Pengalaman, Buat Penampilan Istimewa Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita
HIBURAN
"Hanya Allah Mampu Membalasnya" - Siti Nurhaliza & Fizie Suntik Semangat Bomba
SUKAN
"Dulu Bertanding Kepala Luka Sana Sini, Tak Dapat Duit... Sekarang Gaji Saya Boleh Sampai Enam Angka" - Jojo Ghazali
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
NUSANTARA

“No Komen” – Video Panas Dengan Ariel Peter Pan Kembali Viral, Luna Maya ‘Zip’ Mulut!

Fiza Kamarudin
10/10/2018
00:00 MYT
Sponsor Banner
“No Komen” – Video Panas Dengan Ariel Peter Pan Kembali Viral, Luna Maya ‘Zip’ Mulut!
Baru-baru ini nama pelakon Luna Maya dan Ariel Peter Pan kembali panas apabila video seks mirip mereka kembali viral.
Bagaimanapun Luna Maya yang ditemui di Kuala Lumpur semalam, enggan memberikan komen mengenai perkara tersebut.
“No komen. Tak perlu diungkit cerita lama,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sabrina di GSC 1 Utama, pada Selasa.
Luna Maya dan Sabrina - Kredit Foto: Kompas Online
Pada 2010 industri hiburan Indonesia digegarkan dengan video panas mirip Luna Maya dan Ariel Peter Pan yang tersebar luas.
Luna dan Ariel bagaimanapun telah menafikan mereka terbabit dalam skandal video seks tersebut.
Dalam pada itu Luna Maya turut ditanya mengenai kisah cintanya yang terputus di tengah jalan.
“Semua orang ingin berpasangan, tetapi tak apa saya hanya perlu ‘move on’ dan teruskan hidup seperti biasa.
“Lagipun saya sibuk dengan kerja dan ada aktiviti lain seperti ‘travel’…jadi, saya rasa kehidupan harian saya biasa sahaja, tidak sunyi pun,” katanya.
Perkembangan terkini, filem Sabrina bakal ditayangkan di Malaysia pada 18 Oktober ini.
Selain Luna Maya, pelakon Sara Wijayanto dan Christian Sugiono turut bergandingan dalam filem seram yang turut mendapat sambutan hangat di Indonesia itu.
“Di Indonesia, filem Sabrina berada di tangga ketujuh dalam senarai ‘top 10’ filem terlaris dengan 1.2 juta penonton,” kata Luna.
Luna juga berharap agar filem Sabrina mendapat sambutan dan diterima peminat di Malaysia.
Foto Utama: Celeb Bintang.com
Related Topics
#Pelakon Indonesia
#Luna Maya
#Nusantara
Must-Watch Video