Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"No Such Things Like Setia On Man" - Betty Banafe

Kamaruddin Razal 15/01/2020 | 08:29 MYT
Pelakon Betty Banafe berkongsi pandangan mengenai kesetiaan seorang lelaki.
Memuat naik entri di laman Instagram miliknya, Betty berpendapat fitrah lelaki langsung tidak sama dengan wanita.

Setiakah seorang lelaki? Apa kata wanita... eemmphh lanjutan boleh di tomton di tonton.com , dalam wanita hari ini , isnin 12pm. 13 january 2020. What can i say they are no such things like SETIA on man. Fitrah lelaki langsung tidak sama dengan wanita. Carilah lelaki yang berakhlak dan bertanggungjawab. Keikhlasan adalah fondemental perhubungan. Kalau nak sayang., letak Allah dulu baru dia. Kerana lelaki ciptaan Allah yang sering berubah ubah hatinya. Teras hubungan yang berpanjangan adalah saling memaafi, memahami pemikiran masing masing, menghormati pandangan dan bertoleransi. Love Betty Banafe

A post shared by Betty Banafe (@bettybanafe) on

"Setiakah seorang lelaki? Apa kata wanita... Eemmphh lanjutan boleh di Tonton, dalam Wanita Hari Ini, Isnin 12 pm, 13 Januari 2020.
"What can I say they are no such things like SETIA on man. Fitrah lelaki langsung tidak sama dengan wanita.
"Carilah lelaki yang berakhlak dan bertanggungjawab. Keikhlasan adalah fundemental perhubungan. Kalau nak sayang, letak Allah dulu baru dia. Kerana lelaki ciptaan Allah yang sering berubah ubah hatinya," tulis Betty.
Selain itu, pelakon filem Buai Laju Laju ini juga berkongsi pendapatnya mengenai teras hubungan yang berpanjangan.
"Teras hubungan yang berpanjangan adalah saling memaafi, memahami pemikiran masing masing, menghormati pandangan dan bertoleransi," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat yang dilemparkan oleh Betty.
Sebelum ini, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan sah bercerai pada 10 Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.
#pelakon #Pelakon #Betty Banafe
;