Hiburan
Noki K-Clique Tidak Mahu Lakukan Adengan Bersentuhan Dengan Pelakon Bukan Muhrim - "Berlapik Boleh Tapi Ikutkan Hati Saya..."
Penyanyi rap, Noki K-Clique menegaskan dia akan meletakkan beberapa syarat sebelum menerima tawaran berlakon.
Antaranya, dia akan cuba untuk mengelakkan diri dari melakonkan watak percintaan kerana dia tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita yang lain.
“Kalau saya ditawarkan untuk berlakon watak bercinta, saya tidak akan melakukannya kerana saya tidak mahu bersentuhan.
“Dalam filem ini, sekadar menyentuh tangan, saya okay sahaja. Tetapi jika bersentuhan sehingga menimbulkan perasaan cinta, saya akan cuba elakkan, tetapi bergantung kepada jalan cerita itu sendiri.
“Berlapik boleh, tetapi ikutkan hati saya, saya memang tidak mahu kerana dalam Islam, memang tidak boleh, kan?,” katanya kepada Gempak.
Pada masa yang sama, Noki mahu memperoleh keberkatan daripada rezeki yang diterima kasih dariapda titik peluh dalam dunia seni.
"Kita cari duit dari sumber sebegitu, dan apabila kita melanggar hukum seperti berpegangan tangan, ia boleh menjadikan sumber itu halal atau haram. Itu sahajalah yang mampu saya katakan.
"Saya tidak kisah tentang syarat yang saya letakkan itu sebab saya rasa syarat yang saya letakkan itu adalah benda betul.
"Kalau tidak ada rezeki pun saya tidak kisah kerana rezeki datang dari Allah S.W.T,,” jelasnya.
BERITA TRENDING: Panas Baran Noki Kini Dah Kurang - "Saya Cuba Dekatkan Diri Dengan Tuhan"
BERITA TRENDING: "Aoki Dah Tak Ada..." - Nabila Huda Berduka, Kucing Kesayangan Menghadap Ilahi
BERITA TRENDING: Scha Alyahya Kurang Setuju Impian Miliki Oscars Dipandang Enteng - “Untuk Lihat Perkara Ini Dari Sudut Negatif Agak Sayang Sebab..”
BERITA TRENDING: “Semua Sekadar Gimik & Marketing, Hujung-Hujung Jual Produk!” - Michael Ang Siap Buat List! Takkan Percaya Konten Mengarut
Terdahulu, Noki K-Clique pernah mendedahkan dia sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Tuhan serta memberikan lebih fokus pada ibadah.
Sekadar info, Noki memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2021 menerusi drama pertamanya, ‘Oh My Hantaran’.
Must-Watch Video