Hiburan
Nombor Syatu! Elly Mazlein Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!
Tampil dengan single terbaharu berjudul Sayap selepas 17 tahun, Elly Mazlein terus melakar sejarah terbaharu di Malaysia.
BERITA TRENDING: “Tak Perlu Shaking, Saya Nak Kerja Dengan Ikhlas” - Dianggap Sebagai Pesaing, Elly Mazlein Jawab
Elly atau turut dikenali sebagai Kak Lina Pop Pom merupakan artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment yang berjaya memecahkan rekod ‘Longest Non-Stop Music Video Launching on A Pop-Up TV Channel’ atau Pelancaran video muzik tanpa henti terpanjang di saluran TV Pop-Up!
"Saya sangat gembira dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan dan turut bersyukur dan berbangga kerana dengan anugerah ini memberikan saya semangat yang lebih tinggi dalam menjayakan kelahiran 'SAYAP' sebagai buah tangan terbaru di permulaan tahun 2024 ini," ujarnya.
Selama tempoh bersiaran selama 48 jam baru-baru ini, peminat Elly dapat meneroka dunia seni nyanyiannya dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video.
Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly di pentas muzik tempatan.
Pihak Malaysia Book of Records turut merakamkan ucapan tahniah buat Elly.
"Kami mengucapkan tahniah kepada Rocketfuel Entertainment selaku pihak syarikat rakaman bagi Elly Mazlein atas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih banyak pencipta rekod tempatan untuk sebarang pencapaian seperti ini," ujarnya.
Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala untuk anda yang ingin menonton video muzik ‘SAYAP’, ia boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.