Hiburan
“Tak Perlu Shaking, Saya Nak Kerja Dengan Ikhlas” - Dianggap Sebagai Pesaing, Elly Mazlein Jawab
Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap dirinya sebagai pesaing dalam industri seni.
Mengulas lanjut Elly berkata, dia dapat merasakan ada pihak berperasaan begitu selepas memenangi Anugerah Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Ke 35 yang dimenanginya tahun lalu.
“Saya perasan sejak menggalas anugerah itu, saya dapat merasakan kesukarannya. Saya lahir dalam industri ini bukan sebagai pencabar.
“Tetapi kita sama-sama cari rezeki tak perlu pun nak rasa tergugat, kalau kita nak gaduh pasal rezeki saya akan tarik diri. Saya nak kerja dengan ikhlas.
“Tak kuasa nak gaduh. Malu tau kita sesama Islam bergaduh pasal rezeki. Nasihat saya, jangan tercabar, itu sahaja.
“Matlamat saya lebih baik kita bersatu daripada kita bercerai,” ujarnya.
Elly berkata demikikan selepas majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Sayap bertempat di sebuah hotel pada Rabu.
Ditanya sama ada dia pernah diboikot, Elly berkata gara-gara tindakannya mempertahankan diri sebelum ini, dia lebih selesa bersikap positif serta memilih ketenangan.
“Saya jenis siapa nak kawan silakan, saya akan sentiasa berbuat baik. Walau kadang-kadang negatif tu sampai saya akan cepat-cepat tutup.
“Saya lebih selesa memikirkan tentang ketenangan dan positiviti. Saya tak ada masa nak fikir tentang sampah,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Elly kini menggalas tanggungjawab sebagai juri dalam The Masked Singer Malaysia musim keempat.
TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.
TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).
Must-Watch Video