Hiburan

Nonny Nadirah Bukan Hadap Publisiti, Ada Sebab Botakkan Rambut & Anggap Diri Tak Seksi - “Bagi Saya, Apa Yang Saya Buat Semua…”

Asyikin Mayudin
28/07/2024
03:33 MYT
Sponsor Banner
Nonny Nadirah Bukan Hadap Publisiti, Ada Sebab Botakkan Rambut & Anggap Diri Tak Seksi - “Bagi Saya, Apa Yang Saya Buat Semua…”
Pelakon Nonny Nadirah mengakui dia tidak mempunyai pegangan iman yang kuat namun tidak pernah terfikir untuk menimbulkan kontroversi setiap kali membuat kemunculan selepas menghilangkan diri.

Orang Terdekat Mengenali

Nonny menerusi temu bual di akaun laman sosial F8Buzz berkata hanya orang terdekat mengenali dirinya dan mengharapkan semua orang mendoakan yang terbaik.

“Simple macam ini la… kita iman turun naik, nak cerita lebih pun benda ini sebenarnya kita dah besar panjang. Tak perlu nak perbesarkan. Bagi saya, cukup orang terdekat tahu diri saya macam mana, itu sudah.

“Saya nak sangat-sangat orang mendoakan yang terbaik untuk diri saya. Saya tak pernah ada hasad dengan sesiapa, siapa pun dia, millionaire ke, anak Datuk ke, anak kerabat ke, Allah tak pernah ajar macam itu.
“Saya sentiasa bila berkawan dengan orang, sangat jujur, saya sayang diorang kerana Allah. Akan tetapi jika mereka ada niat yang sebaliknya, serahkan sepenuhnya kepada Allah,” katanya.

Idea Untuk Buat Di Rumah

Apabila ditanya mengenai tindakannya berkongsi video memperlihatkan dia membotakkan rambutnya, Nonny memberitahu dia hanya ingin memberi idea kepada orang lain untuk melakukan perkara itu di rumah tanpa mengeluarkan wang.
“Sebenarnya tak ada maksud pun, hanya sekadar nak kongsi dengan orang. Yela, kadang-kadang ada orang nak potong rambut ada masalah sangat, apa kata kita bagi pelajaran yang boleh buat sendiri dekat rumah benda itu tanpa keluar duit.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Video Menari Berkemban, Jual Produk Sambil Terkangkang, Nonny Tampil Muat Naik Video Mandi Pula
ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Dedah Kini Berstatus Janda? - “Single, Dah Dekat Empat Tahun Tak Disentuh”
“Duit itu boleh simpan kan, sama ada nak beli sesuatu. Bagi saya, apa yang saya buat semua bersebab,” ujarnya.
Ditanya pula mengenai penampilannya yang seksi, Nonny beranggapa imejnya itu sama seperti orang lain.

Anggap Imej Sama Saja

“Kalau nak cakap terlampau seksi, pelakon lama seksi juga. Sekarang, kalau buka media sosial semua banyak macam itu. Tapi bagi saya, istilah seksi atau tidak, ada saja pakai macam itu tapi tak ada jadi bahan bualan.

“Bila saya pakai macam itu, seksi sangat ke… itu yang saya agak macam ‘yeke’. Sebab bagi saya, tengok orang lain tak macam nampak seksi sangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nonny turut menafikan dakwaan dia sengaja mencari publisiti dan menjadi ‘attention seeker’ dengan memuat naik sesuatu konten yang mengundang perhatian netizen.

Bukan Cari Publisiti

“Saya memang minat akan tetapi tak ada dah macam dulu, cumanya tak tahu kenapa setiap perkongsian saya buat itu mencuri tumpuan peminat. Sedangkan ada saja artis lain, saya tengok di Instagram botakkan kepala.
“Tapi tak menjadi (bualan)… bila saya saja benda itu menjadi. Media sosial untuk semua orang dan boleh cakap tentang sesiapa. Nak cakap fasal attention seeker, siapa ada media sosial semua attention seeker.
Nonny juga memaklumkan dia kini dalam keadaan sihat sahaja dan mengharapkan doa daripada semua orang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar