Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Noorkhiriah Mohon Maaf Badan Fareez Berbirat Masa Babak Pukul, Fauzi Nawawi Tak Marah - “Tak Apa, Anak Jantan”

Mya Amri 22/06/2024 | 02:05 MYT
Pelakon, Fauzi Nawawi tidak melenting apabila mengetahui badan anaknya iaitu Fareez berbirat selepas melakonkan babak dipukul bersama aktres, Noorkhiriah.

Perkara biasa dunia lakonan

Fauzi menerusi ruangan komen di hantaran Instagram anaknya yang juga merupakan seorang pelakon menyatakan insiden itu merupakan perkara biasa dalam dunia lakonan.

“Tak apa, anak jantan. Itu perkara biasa… Sebelum berjaya dia kena lalui perkara-perkara begitu,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Masa Bujang Dulu Tak Ada Orang Nak Goda, Bila Dah Kahwin ..." - Fareez Fauzi

ARTIKEL BERKAITAN: "Dah Nyanyi Tak Dibayar, Diganti Baju Melayu Saja" - Fareez Fauzi

ARTIKEL BERKAITAN: Lisdawati Kongsi Pengalaman Pernah Cedera Ketika Penggambaran - “Saya Jatuh Kuda, Nak Angkat Badan Pun Tak Boleh”

ARTIKEL BERKAITAN: Fauzi Nawawi Pernah Terima 2 Jahitan Di Kepala Ketika Penggambaran - “Pasu Bunga Itu Pecah, Kaca Melekat...”

Noorkhiriah mohon maaf

Sementara itu, Khiriah menerusi ruangan komen dalam hantaran yang sama juga turut memohon maaf kepada Fauzi mengenai insiden itu.

“Abang maaf, bisa rupanya getah paip. Terima kasih abang, tapi anak abang serius bagus. Alhamdulillah,” coretnya.

Terdahulu, Fareez berkongsi video pendek yang menunjukkan sedikit kesan berbirat pada bahagian belakang badannya akibat dipukul dengan getah paip.
Kecederaan itu berlaku ketika Fareez dan Khiriah menjalani penggambaran melakokan babak pukul dengan menggunakan paip getah.
Bagaimanapun Khiriah yang terkejut dengan kesan berbirat itu membuat permohonan maaf kepada Fareez dan juga Fauzi.

A post shared by FAREEZ FAUZI (@iamfareezfauzi)

#Fauzi Nawawi #Fareez Fauzi #Mohon Maaf #Cedera #Pukul #noorkhiriah #Berbirat #Getah Paip
;