Laman Utama

Fauzi Nawawi Pernah Terima 2 Jahitan Di Kepala Ketika Penggambaran - “Pasu Bunga Itu Pecah, Kaca Melekat...”

gempak
Asyikin Mayudin
18/03/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Fauzi Nawawi Pernah Terima 2 Jahitan Di Kepala Ketika Penggambaran - “Pasu Bunga Itu Pecah, Kaca Melekat...”
Pelakon Fauzi Nawawi mendedahkan dia pernah mengalami kecederaan di kepala sehingga menerima dua jahitan ketika menjalani penggambaran filem Anak Halal.
Menurut Fauzi, kecederaan itu juga memberi pengajaran untuk dia lebih berhati-hati kerana melakonkan babak aksi.
"Bagi saya, perkara itu dah nak berlaku. Saya pun dulu buat aksi lasak jadi stuntman. Malah masa berlakon filem Anak Halal pun kepala saya cedera dan berjahit kerana dihentak pasu bunga .
"Pasu bunga tu pecah, kaca melekat di kepala. Saya menerima dua jahitan. Jadi, bagi saya insiden seperti ini sebenarnya mengajar kita supaya lebih berhati-hati," katanya kepada Gempak.
Fauzi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Kafe Boi Boi yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada itu, aktor berkenaan juga turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Datuk Fizz Fairuz yang menyarankan agar para pelakon tidak melakonkan sesebuah babak aksi dengan keterlaluan.
"Macam komen Datuk Fizz Fairuz tu sebenarnya ada betulnya. Jangan beria sangat ketika berlakon, kita kena fikir keselamatan kita dulu.
"Tapi mungkin apa waktu dia komen tu tak kena dengan masa dan menyebabkan ramai yang salah faham. Saya tak salahkan siapa-siapa.
“Artis tu sendiri kena ambil perhatian dan jaga diri sendiri sebab kita tak ada caruman insurans yang besar," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024