Hiburan

Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”

Asyikin Mayudin
23/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”
Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak patut merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Sikap segelintir masyarakat

Menerusi perkongsian di Instastory, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memberi teguran kepada segelintir masyarakat yang gemar menghukum.

“Tidak salah mereka yang mencari hidayah Allah, tidak kira apa cara sekali pun. Yang salah bagi kita yang senang sangat menghukum.

“Semua itu aturan-Nya, bila tiba masanya mereka inilah yang akan jadi lebih baik daripada kita,” katanya.

Kualiti bukan kuantiti

Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 42 tahun itu memberitahu, Allah sentiasa melihat kualiti bukan kuantiti seseorang yang mahu mengubah diri mereka menjadi insan lebih baik.

“Allah lihat kualiti bukan kuantiti. Kita sama-sama doakan yang baik boleh?,” katanya lagi.

Sebelum ini, Diana menerusi perkongsian di platform X meluahkan rasa terkilan dengan reaksi segelintir wargamaya selepas dirinya memaklumkan lebih selesa untuk mengadu segala ujian kepada Allah S.W.T.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Dedah Tak Pernah Guna Duit Sendiri Beli Keperluan Rumah, Reaksi Nora Danish Pula Jadi Perhatian - “Seronoknya Kehidupan Macam Itu”

ARTIKEL BERKAITAN: Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024